Buletin

LEXUS NX COMPACT CROSSOVER

Lexus hari ini mengeluarkan foto-foto dan maklumat terperinci mengenai model NX baharu. 

Lexus-NX-Mekanika  (4)

NX ialah model crossover kompak premium yang bakal melakukan debut pada acara Beijing International Automotive Exhibition, 20 April depan. Jentera itu menandakan penyertaan buat kali pertama Lexus ke dalam segmen crossover mewah.

Lexus-NX-Mekanika  (8)

Penampilan NX diserlahkan menerusi rekaan yang maskular. Gril spindle signatur Lexus dipadankan bersama sepasang lampu utama LED dan DRL. Karekter sporty NX dipertingkatkan lagi dengan penggunaan rim bersaiz 17 atau 18 inci.

Lexus-NX-Mekanika  (3)

NX akan dikuasakan oleh tiga varian enjin. Enjin petrol-elektrik hibrid pada model NX 300h, enjin petrol turbo pertama Lexus bersesaran 2.0 liter untuk varian NX 200t dan enjin aspirasi biasa (N/A) pada model NX 200. Pembeli juga ditawarkan dengan sistem pacuan roda hadapan atau belakang untuk setiap varian ini.

Lexus-NX-Mekanika  (9)

Melihat ke bahagian kabin pula, Lexus cuba untuk menawarkan keterujaan melalui reka bentuk yang kelihatan seperti kokpit kereta sports. Lexus juga memberi penekanan terhadap ruang dan konfigurasi tempat duduk bagi memastikan pemandu mempunyai interaksi yang intuitif dengan butang kawalan, instrumentasi dan teknologi HMI.

Lexus-NX-Mekanika  (5)

Ketua Jurutera NX, Takeaki Kato memberitahu pembangunan produk ini menitikberatkan perspektif sasaran pelanggannya yang terdiri daripada golongan muda dan urban yang mahukan produk premium.

Lexus-NX-Mekanika  (2)

NX dijangka dipasarkan di pasaran Eropah menjelang akhir tahun ini. Lexus Malaysia, tolong bawa masuk model ini ya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button