Buletin

KEMPEN FIELD FIX MITSUBISHI

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) semalam mengumumkan bahawa pihaknya memanggil semula 2,083 unit kenderaan Mitsubishi yang telah dijual di Malaysia. 

kempen-field-fix-mitsubishi-mekanika (4)

Kempen yang dikenali sebagai “Filed Fix” itu melibatkan model Airtrek, Colt, Lancer, Lancer Evolution, Grandis dan Outlander yang dikilangkan sebelum 14 Mac 2008. Inisiatif ini dibuat bagi memeriksa suis lampu dan menggantikannya jika perlu.

Berikutan struktur papan cetakan sirkit suis-suis lampu, keretakan mungkin boleh berlaku. Ia boleh menyebabkan lampu utama dan lampu isyarat membelok tidak berfungsi.

kempen-field-fix-mitsubishi-mekanika (2)

MMM akan menghantar surat pemberitahuan kepada para pemilik yang terlibat. Semua kos pemeriksaan dan pembaikan (sekiranya ada) akan ditanggung oleh MMM.

MMM juga memohon supaya para pelanggannya membuat temu janji di mana-mana pusat servis sah Mitsubishi bagi membolehkan kenderaan mereka diperiksa. Proses pemeriksaan dan pembaikan akan mengambil masa kira-kira satu jam.

kempen-field-fix-mitsubishi-mekanika (1)

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi talian 1-800-18-6611 (Isnin hingga Jumaat, 9:00am-5.00pm).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button