Modifikasi

TOYOTA COROLLA SEG 4 THROTTLE

Jenama Toyota dengan negeri Sabah memang tak boleh dipisahkan, ibarat lagu dan irama.

SONY DSC

Kisah percintaan orang  Sabah dengan jenama Toyota mungkin bermula dengan Toyota Land Cruiser yang satu masa dahulu, cukup banyak digunakan di kawasan balak di sana. Ia terbukti sangat lasak dan boleh diharap dalam keadaan yang ekstrem.

Mungkin dari situ, model-model lain buatan Toyota seperti Corolla digunakan dengan meluas. Tidak lupa juga, kereta-kereta yang diimport. Harus tahu bahawa  Sabah cukup banyak menyimpan khazanah-khazanah hebat buatan Toyota seperti Celica, Supra dan AE86.

toyota-seg-4-throttle-mekanika (2)

Perjalanan ke Tawau, Sabah menemukan kami dengan pelbagai model Toyota yang diubahsuai. Salah salahnya ialah Corolla kuning ini. Corolla SEG keluaran tahun 1994 ini dimiliki oleh Fauzi, anak jati Tawau yang bekerja sebagai juru elektrik.

Corolla SEG mungkin model Corolla yang paling popular dijadikan bahan modifikasi. Bukan sahaja di Sabah, malah di Semenanjung. Semua ini disebabkan oleh satu faktor iaitu enjin 4AGE 4 Throttle.

SONY DSC

Ya, enjin 4 throttle buatan Toyota boleh dikatakan macam plug and play sahaja  untuk dimuatkan ke chasis Corolla SEG, sama ada buat model AE101 atau AE111. Model terdahulu, AE92 juga tidak mempunyai masalah untuk disumbat dengan enjin ini. Maka, tidak hairanlah jika kereta ini pun menggunakan enjin 4AGE 4 Throttle.

Fauzi memilih enjin daripada siri Black Top daripada model AE111 yang mempunyai teknologi VVT. Enjin ini tak banyak diusik dari segi peralatan aftermarket, cuma beberapa aksesori bolt-on digunakan. Antaranya ialah penapis udara jenis pod terbuka A’PEXi dan dipasang kepada enjin menggunakan ram pipe custom. 

SONY DSC

Kabel palam pencucuh Aerospeed kemudiannya dipasang. Kepala silinder enjin juga telah menjalani kerja-kerja port dan polish. Sistem bahan api enjin Corolla ini dipertingkatkan dengan pam bahan api Walbro. Sebuah perangkap pelincir jenama Cusco turut dipasang. ECU standard enjin diubah suai dengan semua ECU asal ditala semula untuk lebih prestasi.

Gas-gas disalur melalui paip ekzos rekaan custom yang berdiameter 2.3 inci dan diakhiri dengan peredam bunyi buatan Jepun, 5Zigen. Kombinasi ekzos yang berbentuk leper ini tidak menghasilkan bunyi yang terlalu bising, cuma bunyi bass yang sedap didengar dari luar atau dalam kenderaan.

SONY DSC

Satu perkara menarik tentang ubahsuai Corolla ini ialah Fauzi layan gear automatik sahaja. Gear automatik empat kelajuan ini membuatkan Fauzi berasa amat relaks ketika memandu.

Untuk mendapat pengendalian yang lebih baik (termasuk merendahkan kereta dengan cara yang selamat), Fauzi menggunakan penyerap hentak boleh laras daripada GAB. Sebuah strut bar Cusco dipasang untuk mengukuhkan lagi bahagian depan kereta.

SONY DSC

Pilihan rim dan tayar ialah kombinasi rim Black Racing Pro N1 berdiameter 16 inci. Tayar-tayarnya pula daripada Dunlop bersaiz 205/45/16. Untuk bahagian brek, Corolla ini menggunakan brek Levin AE101 yang boleh disalin terus ke Corolla SEG ini tanpa sebarang masalah. Brek-brek cakera berliang berkenaan diangkup oleh pelapik brek Bendix Metal King.

SONY DSC

Apa yang menarik tentang Corolla ini tentunya aksesori JDM asli yang digunakan. Tak payah nak buang duit masuk bodykit mencarut sebab aksesori JDM tetap yang terbaik, betul tak?

Fauzi mengubah penampilan bahagian hadapan Corolla ini dengan memasang bampar depan Corolla FX AE101, iaitu model dua pintu hatchback Corolla SEG yang hanya dijual di Jepun. Gril depan pula dipasang dengan gril Corolla Touring Wagon AE101.

SONY DSC

Selepas tu, Azmi berjaya mendapat sepasang skirting sisi Yakuza, iaitu bodykit JDM untuk Corolla SEG dari Jepun. Skirting sisi itu digandingkan dengan skirting bumpar belakang yang diambil daripada model Corolla Wagon AE101.

Di bonet belakangnya, sebuah spoiler jenis “duck tail” buatan custom dipadankan. Akhir sekali, kereta ini dicat dengan warna kuning Ferrari yang menjamin setiap orang di atas jalan raya akan memandangnya.

SONY DSC

Pada bahagian dalam kereta, Azmi sudah melakukan beberapa modifikasi yang bersesuaian dengan konsep JDM yang diinginkan. Tempat duduk depannya dinaik taraf dengan tempat duduk OEM Subaru Impreza WRX. Papan pemuka pula diambil daripada model AE101 Wagon. Aksesori elektronik tunggal yang digunakan ialah sebuah turbo timer A’PEXi.

SONY DSC

Tengok modifikasi kereta macam ini membuatkan ramai yang mahu kembali ke zaman 1990-an. Inilah zaman kegemilangan kereta-kereta buatan Jepun. Paling penting, zaman itu harga minyak di Malaysia cuma RM1.20 seliter. Huhuhu…
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button