Pandu Uji

ISUZU MALAYSIA TAWAR FORWAD & GIGA

Isuzu Malaysia hari ini memperkenalkan rangkaian trak tugas sederhana siri Forward dan trak tugas berat atau prime mover GIGA ke pasaran tempatan. 

SONY DSC

Pengenalan itu sekali gus melengkapkan segmen trak yang ditawarkan oleh Isuzu Malaysia demi memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap trak berkualiti tinggi, boleh dipercayai dan jimat bahan api.

Pengarah dan Pengurus Besar Kanan Isuzu Malaysia, Katsuro Ishihara menyatakan bahawa pengenalan trak Isuzu GIGA merupakan satu langkah penting buat syarikat dalam usaha menawarkan para pelanggan dengan rangkaian penuh produk Isuzu.

SONY DSC

“Reputasi Isuzu selaku pengeluar trak berkualiti tinggi, boleh dipercayai dan efisien menjadi asas kepada kejayaannya di peringkat global. Di Malaysia, Isuzu telah menjadi jenama trak paling laris dalam segmen trak tugas ringan untuk empat tahun berturut-turut. Para pelanggan kami mahukan tawaran rangkaian trak yang lebih luas untuk memenuhi keperluan mereka,” kata Ishihara.

SONY DSC

Tawaran Isuzu GIGA melibatkan dua varian trak 18 tan Isuzu GIGA PRIME dengan rangkaian kuasa 4×2 serta trak 23 tan bersama rangkaian kuasa 6×4. Trak-trak ini merupakan hasil daripada konsep rekaan terkini Isuzu yang berasaskan platform 700P. Ia memberikan Isuzu GIGA baharu penampilan yang tegap dan menarik. Pada masa yang sama memiliki aspek aerodinamik, ergonomik dan standard keselamatan terbaik.

SONY DSC

Dikuasakan oleh enjin enam silinder 6UZ1-TCC dengan pengecas turbo dan intercooler, Isuzu GIGA menawarkan prestasi mengangkut beban yang mengagumkan melalui kuasa mencecah 360PS dan tork setinggi 1,422Nm.

Selain daripada trak pengangkutan utama, rangkaian GIGA turut merangkumi trak 6×4 yang direka untuk mengangkut barang dalam keadaan yang ekstrem. FXZ 360 menggunakan enjin yang sama seperti model-model Isuzu GIGA PRIME yang dipadankan bersama kotak gear ZF sembilan kelajuan untuk mengagihkan kuasa ke atas jalan raya dengan lebih berkesan.

SONY DSC

Isuzu Malaysia turut menambah rangkaian trak FORWARD melalui dua varian. Bermula dengan Isuzu FSR PRO, trak kabin kompak GVW 11 tan ini mengisi ruang di antara siri trak tugas sederhana Isuzu ELF apabila ia berupaya menawarkan kapasiti tan lebih besar untuk tujuan pengangkutan di bandar. Malah, ia menggunakan enjin 4 silinder bagi menjadikannya tidak terlalu besar dan lebih efisien untuk dipandu di bandar.

Selain FSR PRO, rangkaian Isuzu FORWARD juga disertai oleh FVR PRO, trak yang berkongsi enjin sama, tetapi mempunyai tapak roda yang lebih panjang dan besar, GVW 16 tan.  Dua varian baharu ini juga akan menyertai rangkaian model FVR sedia ada dalam kategori 18 tan yang mengungguli carta jualan pada tahun 2013.

SONY DSC

Isuzu Malaysia berhasrat untuk mengukuhkan kedudukannya dalam segmen trak  tugas sederhana dan berat. Ia mensasarkan untuk menjual 750 unit trak pada tahun depan dan menggandakan jumlah itu dalam tempoh lima tahun akan datang. Tahun lalu, Isuzu Malaysia berjaya menjual sekitar 700 unit trak dalam segmen tersebut.

Dalam segmen trak tugas ringan, jenama Isuzu menguasai 38.7 peratus pasaran dan 30 peratus untuk segmen trak tugas sederhana.

SONY DSC

Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:

FORWARD FSR PRO: RM151,300

FORWARD FVR PRO: RM175,200

GIGA FXZ: RM298,000

GIGA PRIME 4X2: RM258,500

GIGA PRIME 6X4: RM303,000

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button