
BUGATTI JAWAB KENAPA CHIRON PUR SPORT LEBIH PERLAHAN
Jika dibanding dengan kebanyakan kereta, Bugatti Chiron Pur Sport yang mampu memecut 350km/j sememangnya sangat laju.
Tetapi, kalau dibandingkan dengan kelajuan asal Chiron iaitu 420km.j dan rekod yang berjaya dicatat oleh Chiron Super Sport 300+ selaju 489km/j, pecutan Bugatti Chiron Pur Sport nampak perlahan.
Persoalan kenapa jentera tu lebih perlahan dijawab oleh Ketua R&D Bugatti, Stafan Ellrott.

Ellrott memberitahu kelajuan bukanlah segala-galanya untuk sebuah hypercar. Pur Sport yang ditawarkan pada harga AS$3.55 juta (RM15.4 juta) dan terhad kepada 60 unit sahaja itu direka untuk menjadi Chiron yang memiliki karekter pemanduan paling lincah dan dinamik.
Biarpun lebih perlahan berbanding model Chiron yang lain, Pur Sport masih mempunyai kelebihan tersendiri.
Antaranya catatan masa 0-100 dalam masa bawah 2.3 saat, 0-200km/j dalam 5.9 saat dan 0-300km/j cuma 12.4 saat, semua lebih laju berbanding Chiron standard.
Kuasanya masih datang dari enjin 8.0 liter quad turbo yang berupaya menjana 1,500hp dan tork 1,599Nm. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi tujuh kelajuan yang telah dikaliberasi semula.
Kotak gear itu membantu Pur Sport untuk memecut lebih laju di litar lumba berbanding Chiron standard.

“Chiron Pur Sport dibina untuk pengendalian dan bukannya jentera di litar. Jangan salah anggap, sudah pasti kami mengujinya di atas litar dan jentera ini menunjukkan keupayaan luar boasa dari segi kelincahannya,” kata Ellrott.
Bugatti telah mengubah suai talaan chasis, menukar camber roda, ketegaran sprimnh dan mengurangkan berat sebanyak 50kg. Nisbah gear pula dipendekkan sehingga 18 peratus untuk membolehkan kuasa tork dicapai dengan lebih pantas.
Tayar pula dibangunkan khas dengan kerjasama Michelin.
Perubahan pada tayar dan camber roda menjadi sebab utama kenapa Pur Sport menjadi lebih perlahan.
“Anda tidak boleh memecut selaju 489kmj dan tetap laju di selekoh. Kelajuan maksimum mesti dikurangkan kerana kami mahu kereta ini lebih lincah dengan pengendalian terbaik. Jadi, sesuatu perlu dikorbankan,” kata Ellrott lagi.
- BACA: BOSAN DUDUK RUMAH, RONALDO BELI BUGATTI CENTODIECI BERHARGA RM46 JUTA
- BACA: BUGATTI BATAL PRODUKSI SEDAN GALIBIER KERANA TERLALU BURUK. RUPA MACAM ANJING DACHSHUND
- BACA: PENGGUBAHAN WANG HARAM, BUGATTI VEYRON MUNGKIN DILUPUS DI ZAMBIA
- BACA: BARU 30 MINIT KELUAR KEDAI, BUGATTI VEYRON KENA GESEL DENGAN HONDA CR-V