Buletin

KEMPEN PETRONAS COFFEE BREAK TAWAR BANYAK HADIAH MENARIK!

PETRONAS Dagangan Berhad (PBD) hari ini memulakan Kempen Coffee Break sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 23-24 Januari dan 1-2 Februari 2020.

Kempen ini hadir bersama pelbagai promosi menarik dan baucar diskaun ke atas barangan PETRONAS, Kedai Mesra, Setel, Tealive, Dunkin’, Shopee dan Touch ‘n Go.

Sama seperti sebelum ini, PDB akan menawarkan kopi Nescafe dan snek secara percuma kepada pengguna jalan raya di 160 buah stesen minyak Petronas yang mengambil bahagian.

Bukan itu sahaja, PDB turut menawarkan pemeriksaan motosikal dengan kerjasama Hong Leong Yamaha Motor. Selain pemeriksaan kesihatan oleh pihak St. John Ambulance Malaysia (SJAM) di stesen minyak terpilih.

Gunakan aplikasi Setel

Dengan jumlah kenderaan yang meningkat sepanjang tempoh perayaan ini, gunakan aplikasi Setel untuk mengisi minyak. Ini kerana PDB menawarkan pulangan tunai sebanyak RM5 kepada mereka yang baru mendaftar dengan Setel dan membuat tambah nilai RM30 ke dalam e-wallet tersebut.

Anda juga boleh mencadangkan aplikasi Setel kepada rakan dan nikmati pulangan tunai sebanyak RM5 apabila mengisi minyak minimum RM30. Sebaik sahaja selesai mengisi minyak, tebus ganjaran anda di Kedai Mesra bergantung kepada jumlah minyak yang dibeli.

Untuk pembelian minyak minimum RM30 pelanggan akan menerima paket angpow eksklusif dan diskaun RM2 ke atas mana-mana minuman Tealive di stesen PETRONAS yang mengambil bahagian.

Pelanggan juga layak menerima diskaun sebanyak RM6 ke atas barangan Formula One 6th times World Constructor Championship. Pengguna yang mengisi minyak RM50 dan ke atas, mereka akan menerima kopi percuma daripada Dunkin’, selain kod promo Shopee.

Mazda CX30

Ketika berada di Kedai Mesra, dapatkan makanan dan minuman untuk perjalanan yang jauh. Anda boleh membeli bekas minuman Star Wars edisi khas pada harga cuma RM49.90 apabila berbelanja minimum RM10. Jika membeli minyak pelincir PETRONAS Syntium (4L) pula, anda akan menerima botol thermos dan beg galas Syntium.

Kempen Mesra Bonanza  

Kempen Mesra Bonanza yang bakal berakhir pada 31 Januari menawarkan hadiah bulanan 20,000 poin Mesra (bernilai RM200) kepada 1,000 pemenang bertuah. Untuk mengambil bahagian, pelanggan hanya perlu berbelanja di Kedai Mesra atau membeli minyak minimum RM30.

Untuk hadiah wang tunai yang diberikan setiap dua bulan, pelanggan perlu berbelanja sebanyak RM500 (dikumpul dalam tempoh dua bulan). Hadiah yang dtawarkan ialah RM100,000 untuk tiga orang pemenang utama dan 14 orang bakal menerima wang tunai RM3,000 setiap seorang.  

Tags
Google ads
Back to top button