Buletin

KEMPEN SERVIS HYUNDAI. NIKMATI DISKAUN SEHINGGA 25% SEHINGGA 31 JULAI 2021

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini melancarkan kempen servis bersama diskaun tambahan untuk pemegang Kad Kesetiaan Hyundai. 

Bermula 1 Jun hingga 31 Julai 2021, pelanggan yang menghantar kenderaan ke pusat servis sah Hyundai akan menikmati diskaun 15 peratus ke atas alat ganti terpilih dan 10 peratus untuk kos buruh. Sementara pemegang kad akan menerima diskaun 25 peratus untuk alat ganti dan 15 peratus diskaun caj buruh. 

Alat ganti tersebut merangkumi gasket, penapis minyak, penapis air, palam pencucuh dan banyak lagi. 

Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung memberitahu kempen servis dijalankan dua hingga 3 kali setahun untuk menggalakkan pelanggan menyelenggara kenderaan mereka secara berkala. 

Kad Kesetiaan Hyundai merupakan satu kelebihan eksklusif yang diberi secara percuma kepada pembeli mana-mana model Hyundai. Antara kelebihan yang ditawarkan adalah promosi bulanan eksklusif seperti diskaun 20 peratus ke atas produk KLIMA dan BlueChem sepanjang April dan Mei lalu. 

Pelanggan boleh mengharapkan lebih banyak keistimewaan pada masa depan. Antaranya diskaun servis pada bulan hari jadi, diskaun ke atas baranagn Hyundai dan nilai jualan semula lebih tinggi apabila mereka membeli kereta Hyundai yang baru. 

Pelanggan sedia ada boleh mendaftar untuk mendapatkan Kad Kesetiaan Hyundai secara percuma di mana-mana pusat servis sah Hyundai di seluruh negara. Periksa juga promosi terkini di www.hyundai.com.my  

Google ads
Back to top button