
PELAKON HOLLYWOOD KRITIKAL. SKUTER LANGGAR LARI
Pelakon Hollywood, Lisa Banes, 65, yang terkenal melalui filem Cocktail dan Gone Girl dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari melibatkan sebuah skuter.
Kejadian berlaku di persimpangan West 64 St. dan Amsterdam Ave berhampiran Lincoln Center.
Menurut polis New York, mereka menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 6.30 petang pada Jumaat berhubung kejadian, lapor Variety.
Variety melaporkan, apabila pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian mendapati Banes terbaring di jalan raya dengan kecederaan teruk di bahagian kepala.

Pihak perubatan kecemasan EMS bergegas ke lokasi kejadian dan membawa Banes ke Hospital Mount Sinai Saint Luke.
Siasatan awal mendapati Banes cuba menyeberang jalan Amsterdam Ave apabila sebuah skuter bermotor merempuh mangsa dan melarikan diri.
Polis NYPD berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini, dan siasatan masih dijalankan.
Menurut jurucakap Banes, penunggang skuter itu dipercayai melanggar lampu isyarat merah ketika merempuh pelakon itu. –Variety
- BACA: PEMANDU VAN LANGGAR LARI, SERET SUPERBIKE SAMPAI BERAPI DI LEBUH RAYA
- BACA: FORD FIESTA LANGGAR BELAKANG LAMBORGHINI AVENTADOR SV, PEMANDU TERUS LARIKAN DIRI
- BACA: ROLLS-ROYCE GHOST LANGGAR LAMBORGHINI URUS. POLIS PERLI PEMANDU LARIKAN DIRI
- BACA: WANITA LANGGAR 2 ORANG PESERTA LARIAN POSITIF DADAH ERAMIN 5








