Buletin

KEMPEN SERVIS MOTOR YAMAHA PERCUMA UNTUK MANGSA BANJIR DI LEMBAH KLANG

Bagi meringankan beban kewangan mereka yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kini mengadakan kempen servis percuma.

Turut dikenali sebagai Yamaha Cares, kempen tersebut bermula 27 hingga 31 Disember di beberapa buah pusat servis dan pengedar sah Yamaha terpilih di Lembah Klang.

Kempen untuk kawasan-kawasan lain yang terjejas akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Sebagai langkah berjaga-jaga, pelanggan dinasihatkan untuk membuat temu janji sebelum ke pusat servis.

Selain pemeriksaan motosikal percuma, HLYM juga menawarkan minyak enjin, minyak gear, penapis minyak dan penapis angin serta palam pencucuh secara percuma (tertakluk pada terma dan syarat).

HLYM turut berkongsi beberapa tips pemeriksaan motosikal selepas banjir:

  • Keluarkan sambungan asas elektronik ECU dan terminal bateri untuk mengelak daripada berlakunya litar pintas semasa enjin dihidupkan
  • Cuci motosikal secepat mungkin
  • Bersihkan daripada segala kotoran pada semua bahagian
  • Keringkan bahagian pendawaian/elektronik dan mudah karat
  • Minyakan bahagian kabel pendikit, klac, brek dan tantai pacuan. Jangan hidupkan enjin dahulu
  • Periksa minyak enjin, penapis minyak, minyak gear, CVT (skuter), palam pencucuh, kotak penapis angin, tangki bahan api
  • Jika ada air, motosikal perlu diservis dahulu
  • Dapatkan khidmat baik pulih di pusat servis dan pengedar sah. Gunakan alat ganti tulen Yamaha  
Google ads
Back to top button