Buletin

KEMPEN STAR-STUDDED EXPERIENCE

Ia menjadi satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan buat Yew Yim Tho dan anak perempuannya, Lim Mei Lin, selepas mereka memenangi hadiah pakej percutian enam hari lima malam ke Jerman untuk menyaksikan Pameran Auto Antarabangsa IAA Ke-65 di Frankfurt.

Photo 1

Yim Tho merupakan pemenang kempen yang dijalankan oleh pihak Mercedes-Benz Services, dikenali sebagai Star-Studded Experience Mercedes-Benz Services Malaysia.

Mereka berdua menikmati layanan terbaik dengan penerbangan kelas perniagaan dan penginapan yang dibiayai sepenuhnya oleh Mercedes-Benz Services. Selain mengunjungi pameran IAA, mereka juga berpeluang melawat muzium Mercedes-Benz di Stuttgart dan kilang Mercedes-Benz di Sindelfingen.

“Peluang untuk melihat kereta daripada pelbagai jenama terkenal di dunia tidak mungkin tercapai tanpa Mercedes-Benz Services Malaysia.  Kami juga benar-benar kagum menyaksikan robot memasang alat dan komponen kenderaan. Rasa seperti melihat  Transformers!” kata Yim Tho.

Corporate Logotype/Unternehmenszeichen Daimler AG

Mercedes-Benz Services Malaysia telah mencapai pertumbuhan yang memberangsangkan pada tahun pertama operasinya.

“Memandangkan pelanggan adalah tunggak perniagaan syarikat, kami amat teruja kerana dapat menunjukkan penghargaan kami menerusi Kempen Star-Studded Experience,” kata Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia, Hilke Janssen.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button