Modifikasi

HONDA CIVIC EK 2 PINTU

Ini mungkin kereta Honda yang paling berjaya dari sudut modifikasi. Sebenarnya, ada dua model Honda Civic yang tidak boleh kita lihat dalam keadaan asal pada hari ini, apa lagi kalu bukan Civic EG dan Civic EK dua pintu. 

ek2-11

Bila sudah Civic dua pintu, enjin wajibnya ialah B series. Walaupun ada yang cuba masukkan enjin H22A dan K20/K24, persoalan yang sering timbul adalah kebolehgunaan, undang-undang dan akhirnya nilai kereta itu sendiri.

Berbanding dengan EG, EK lebih tinggi darjatnya. Harga EK pekak tak ada enjin pun tak boleh dapat murah.  Apa yang pasti, harganya tidak jatuh seteruk Kia Rio atau Chevrolet Optra.

ek2-5

EK dua pintu masih ada peminat dan pembelinya. Cuba tengok mudah.my berapa harga. Tapi agak-agaklah nak letak harga, janganlah sampai jual ikut harga EP3. Sampai kiamat pun tak ada orang nak beli.

Dalam kamus EK, ini ialah EK yang paling asas. Enjin asal bersesaran 1.3 liter memang patut kena buang sahaja. Tetapi tahukah anda, kereta ini gemar dijadikan kereta drag kerana chasisnya adalah yang paling ringan (940kg) dalam keluarga EK dua pintu.  

ek2-12

Sebaik sahaja dapat kereta ini, pemiliknya terus hantar masuk bengkel untuk tukar enjin. Memang dia tak silap beli kereta, cuma kena siapkan duit berbelas ribu untuk  dapatkan enjin B18C Type-R yang terkenal itu. Enjin separa perlumbaan itu kemudian  diubah suai dengan proses port dan polish, piston Wiseco 86mm serta rod Eagle.

Peralatan gantian yang lain ialah radiator aluminium Koyorad, pam bahan api Walbro, intake Skunk2 dan benda-benda rahsia di bahagian kotak gear. Rahsianya ialah nisbah gear custom. Apa yang tak rahsia ialah klac Ogura dan LSD standard EK9.

SONY DSC

Modifikasi paling wajib pada sebuah enjin B series ialah eksoznya. Bagi menyempurnakan sifat itu, pemiliknya telah memasang manifold Feel’s, paip titanium dan peredam bunyi J’S Racing, barulah bunyi VTEC riuh satu kampung.

ek2-22

Tak susah nak buat sebuah EK2 jadi cukup sifat. Bahagian dalaman kereta disalin sepenuhnya kepada EK9. Daripada tempat duduk, karpet hingga papan pemuka.

ek2-9

Bahagian luar pula disalin dengan bodykit EK9 tahun 1999 yang moden, lips karbon dan spoiler Spoon. Tidak lupa rim EK9 Type-R tahun 1999. Suspensinya pula ialah TEIN jenis boleh laras.

Ada banyak sebab kenapa orang masih nak beli EK. Sebab laju,  sporty, playboy atau nilai. Tak ada sebab pun orang beli juga. Apabila permintaan lebih daripada penawaran, harganya pun tidak jatuh-jatuh sampai sekarang.

[hr]Spesifikasi

Model: Honda Civic EK2 / 1996

Enjin: B18C Integra DC2 Type-R, port & polish, piston Wiseco 86mm, rod Eagle, radiator Koyo, manifold ekzos Feels, paip titanium, muffler J’S Racing

Kotak gear: Manual lima kelajuan DC2, custom ratio, klac Ogura, LSD standard

Suspensi: TEIN boleh laras, upper arm Hard Race (hadapan), camber arm Hard Race (belakang)

Brek: EK9 depan belakang

Rim: EK9 Type-R 1999

Tayar: Potenza RE001 195/50 (hadapan), Toyo 195/50 (belakang)

Dalaman: EK9 full conversion

Luaran: EK9 full conversion, lips carbon, spoiler Spoon

[hr]GALERI  

ek2-7 ek2-8ek2-10ek2-21ek2-16ek2-24SONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button