Motosikal

BMW K 1600 GTL EXCLUSIVE

Menambah varian dalam rangkaian model tourer BMW Motorrad, jentera yang dikenali sebagai BMW K 1600 GTL Exclusive sememangnya cukup mewah. 

P90139422

Sebabnya, ia dilengkap pelbagai spesifikasi yang mendahului kelasnya sebagai ciri standard. Sebagai contoh, sistem kunci berpusat dengan sistem penggera kecurian dan suspensi elektronik ESA II boleh ubah bagi membolehkan talaan dibuat tanpa mengira beban yang dibawa.

P90139433

BMW K 1600 GTL Exclusive dijana oleh unit enjin enam silinder sebaris berkuasa 160hp @ 7,750rpm dan tork puncak mencecah 175Nm @ 5,250rpm. Ciri Dynamic Traction Control (DTC) pula meningkatkan aspek keselamatan ketika memecut.

P90139429

Sistem Hill Start Control membantu ketika mendaki laluan berbukit. Bukan itu sahaja, jentera ini turut dilengkapi sistem BMW Motorrad ABS, sama seperti semua motosikal BMW yang lain.

P90139431

Antena jenis filem untuk radio yang dipasang pada bahagian atas ruang penyimpanan barang merupakan ciri pertama seumpamanya di dunia. Ia memastikan radio terus dapat menerima frekuensi. Pada masa yang sama menyerlahkan penampilan motosikal ini.

P90139434

Keselesaan pembonceng ditingkatkan menerusi satu tempat duduk baharu, lengkap dengan pemanas belakang badan dan perehat tangan. Ciri-ciri standard yang lain termasuklah lampu utama LED auxiliary dan adaptive xenon, pemantau tekanan tayar, lampu brek tambahan, bar pelindung enjin, lampu pada bahagian pemijak kaki, DRL serta sistem tunggangan tanpa kunci (Keyless Ride).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button