Buletin

KENA TEGUR POLIS, LELAKI HEMPAS BATU PADA MOTOSIKAL. HATI TISU SUNGGUH KAU NI!!!

Seorang lelaki bertindak merosakkan motosikalnya selepas tidak berpuas hati ketika pemeriksaan polis di Karimun, Batam, Indonesia.

Video tindakan lelaki berkenaan menghempap batu pada motosikalnya menjadi viral di media sosial.

Ketua Trafik Polis Karimun R Dwi Moch Ramadhanto ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada Selasa lalu.

Menurutnya, masalah itu berlaku kerana salah faham penunggang motosikal berkenaan terhadap anggota polis trafik yang sedang bertugas.

“Hanya salah faham saja, pagi itu petugas kami sedang melakukan pemeriksaan kenderaan dalam Operasi Zebra 2020.

“Ketika kejadian, penunggang motosikal itu melintas tanpa memakai topi keledar dan perlengkapan lain. Saat teguran dilakukan pihak polis, dia terus marah dan tidak dapat menerima teguran tersebut,” katanya.

Berang dengan teguran itu, lelaki berkenaan bertindak menghempap motosikalnya itu dengan sebiji batu besar.

“Kejadian itu berlaku berdekatan lampu isyarat daerah Baran dan lelaki berkenaan sudah meminta maaf di atas perbuatannya,” katanya.

Ramadhanto berharap kejadian itu tidak berulang lagi dan menasihati masyarakat untuk sentiasa mematuhi undang-undang keselamatan jalan raya serta melengkapkan dokumen kenderaan. – Harian Metro

Google ads
Back to top button