Artikel Pilihan

KENALI PERMAINAN VIDEO PERLUMBAAN TERBAIK DEKAD 90 AN – SYOK WEH

Tahun 90 an memang membuka mata kanak-kanak dan orang dewasa kepada permainan video dengan grafik yang memukau sistem bunyi dan mengegarkan gegendang telinga. Sebab ini web automotif kita fokuskan khusus kepada permainan bertemakan perlumbaan. Bayangkan ketika korang muda-muda dahulu, duduk di atas kerusi bucket ala perlumbaan plastik menghadap skrin dan memegang stereng yang jauh lebih sporty berbanding stereng Kancil pada masa itu.

Sebaik bendera dijatuhkan ataupun lampu hijau menyala, masuk gear satu dan tekan pedal minyak sekuat mungkin hampir menyaksikan imej kereta korang memecut laju menuju ke selekoh pertama dengan iringan bunyi enjin dan muzik latar. Pergh, lupa terus tugasan yang pensyarah bagi.

Ia satu pengalaman yang tidak dapat diberikan oleh permainan video zaman sekarang yang dimainkan dengan telefon pintar atau pun tablet. Ia memang membawa pengalaman baru bagi kaki permainan arked macam kami satu ketika dahulu. Yang lahir lepas tahun 90 an tu memang tak merasalah.

Mesin-mesin permainan arked ketika itu tiba satu demi satu bagi mewarnai dunia dan ia diterajui oleh syarikat-syarikat ternama seperti Nintendo, Sega dan Sony. Inilah zaman perlumbaan video sebenar. Main kat rumah mana boleh jerit-jerit macam main kat arked.

Mari kenali beberapa permainan perlumbaan yang menjadi kegilaan generasi abah-abah korang satu ketika dahulu.

  1. Virtua Racing (1992)

Ini dah kira klasik sebab dikeluarkan pada tahun 1992. Zaman ni tak ada telefon pintar dan komputer pun harganya mahal mengalahkan motor kapcai. Virtua Racing meletakkan pemain di belakang stereng kereta Formula Satu dengan beberapa cabaran litar dengan tahap kesukaran yang berbeza-beza.

Nampak grafik macam kelakar kan? Tapi percayalah ini ialah paparan terbaik pada zaman itu. Ingat mana ada televisyen skrin rata pada zaman ni. Malah permainan ini disifatkan antara yang terbaik pada zaman tersebut dan dianugerahkan Most Innovative New Technology dari Amusement & Music Operator Associations pada tahun 1993. Power siak.

Ini permaian yang merintis jalan kepada semua permainan perlumbaan kereta yang korang mainkan sehingga sekarang.

Walaupun ditawarkan dalam pelbagai platform seperti Sega Genesis dan PlayStation2, ramai yang mengakui versi arked adalah yang terbaik.

  • Daytona USA (1994)

Inilah raja permainan lumba kereta arked sebenarnya. Pergilah pusat permainan arked di ceruk mana pun di Kuala Lumpur pada tahun 90 an mesti ada mesin perlumbaan Daytona ni. Paling banyak semestinya atas Sungei Wang Plaza dan Kotaraya satu ketika dahulu (sebelum dijajah warga Nepal).

Ia bertemakan perlumbaan Nascar yang sangat popular di Amerika Syarikat dan dikeluarkan oleh syarikat Sega American Division. Pengarah dan produser permainan ini ialah Toshihiro Hagoshi dan permainan ini menyaksikan pemain-pemain berlumba di atas 3 pilihan trek.

Ya, 3 trek sahaja tuan-tuan tapi nikmatnya memang jauh lagi best dari hisap rokok jonblen (merokok membahayakan kesihatan okey).

Perancangan permainan ini memang dibuat dengan cukup teliti dan sistem imej satelit digunakan untuk mencipta grafik sebenar Daytona International Speedway.

Ia sebenarnya cukup berbaloi sebab permainan ini memang digilai peminat di seluruh dunia tak kiralah student U ke, mat kilang ke, penganggur ke dan termasuklah eksekutif-eksekutif muda yang mahukan hiburan sewaktu masa rehat selepas makan tengah hari.

  • Sega Rally Championship(1994)

Ini satu lagi permainan klasik yang menjadi kegilaan dengan pengalaman pemanduan unik yang membolehkan pemain memilih laluan dengan permukaan jalan yang berbeza.

Karektor kawalan kereta berbeza berdasarkan laluan yang dipilih. Dah namanya perlumbaan rali kan? Jadi kalau nak terer memandu dan nak menunjuk kat awek kena la banyak praktis.

Tiga pilihan kereta ditawarkan dan pilihan paling popular semestinya Toyota Celica GT-Four dan Lancia Delta Integrale.

  • Manx TT Super Bike (1995)

Antara permainan perlumbaan motosikal yang sangat popular. Ia dimainkan menggunakan replika motosikal di arked permainan video dan pemain perlu menggunakan seluruh badan mereka untuk berlumba. Nasib baik taka da yang jatuh motor je.

Ia merupakan projek usahasama antara Sega AM3 dan Sega AM-4 dan diilhamkan oleh Tetsuya Mizuguchi yang juga menghasilkan permainan Sega Rally.

Nak berlumba sendiri di Isle of Man memang bahaya weh, jadi acilah kalau boleh berlumba dalam permainan ini.

Laku weh permainan ni dan yang jenis sakit pinggan memang tak payah main la sebab korang kena condongkan motosikal tu ke kiri dan kanan untuk mengambil selekoh.

  • Crazy Taxi (1999)

Dibangunkan oleh Hitmaker dan diterbitkan oleh Sega, permainan Crazy Taxi ini memang lain macam sikit. Pemain bukan berlumba dalam perlumbaan tetapi mengutip mata (wang) dengan melakukan aksi stunt sambil memandu teksi.

Melompat ke sana sini, melakukan aksi drift dan memandu dalam keadaan merbahaya akan memberikan bonus buat anda. Jangan amalkan dalam perlumbaan sebenar dah la.

Grafik yang menarik dengan kawalan pemanduan yang baik memang satu bonus untuk peminatnya. Jangan lupa ia juga disertakan dengan runut bunyi terbaik. Err, lagu rock kapak dan rock leleh tak ada okey.

Tak banyak arked yang ada mesin Crazy Taxi ni sebab ia keluar pun dah penghujung era arked video. Jadi kat mana yang ada? Hujung 90 an dahulu PokYa suka main kat Carrefour Wangsa Maju tapi sekarang dah tukar nama dah.

Google ads
Back to top button