Buletin

TAHUKAH ANDA MITSUBISHI PALING LARIS DI NEGARA MANA? BUKAN CHINA, AS ATAU JEPUN

Jenama Mitsubishi dekat di hati rakyat Malaysia. Masakan tidak, bermula daripada Lancer Fiore sampai ke Lancer (Inspira) digunakan untuk pelbagai model Proton.

Bukan setakat perkongsian model, Proton turut belajar banyak ilmu pembangunan dan pengilangan kereta daripada Mitsubishi.                            

Setelah sekian lama bersama, Proton dan Mitsubishi membawa haluan masing-masing namun kembali seketika pada tahun 2010 melalui model Inspira.

Perjalanan kedua-dua syarikat selepas itu kurang baik, masing-masing ada cabaran tersendiri dan menariknya Mitsubishi dan Proton sekarang ini berada dalam kumpulan automotif lebih besar.

Proton adalah sekutu kepada Kumpulan Automatif Geely manakala Mitsubishi pula dalam Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi.

Bagaikan cermin, Mitsubishi dan Proton kini cuba mendaki semula tangga kejayaan.

Berdasarkan angka jualan pada tahun 2018, Mitsubishi berjaya menjual 1,218,897 unit kenderaan berbanding 1,030,454 unit kenderaan pada tahun sebelumnya.

Satu perkara menarik dalam data jualan tahun lalu ialah pasaran Indonesia berjaya menyingkir negara China untuk menduduki kedudukan nombor satu.

Penyumbang kepada pencapaian ini semestinya MPV Xpander yang menerima sambutan hangat di Indonesia selepas dilancarkan pada tahun 2017.

Pada tahun 2018, Mitsubishi berjaya menjual 146,805 unit kenderaan di Indonesia manakala di China pula sebanyak 139,856 unit kenderaan.

Pada tahun 2017, jualan Mitsubishi di China ialah sebanyak 129,160 unit kenderaan.

Prestasi Mitsubishi di Indonesia sebenarnya melonjak dengan luar biasa.

Pada tahun 2017 jualan di negara itu adalah sebanyak 79,885 unit dan berada pada kedudukan lima, di bawah pasaran Australia.

Tahun ini terus ke tempat pertama dan mengalahkan China.

Sekali lagi, terima kasih kepada Xpander kerana jualan model itu pada tahun 2018 ialah sebanyak 75,075 unit.

Jumlah jualan Xpander pada 2018 hampir menyamai jualan keseluruhan Mitsubishi pada tahun 2017.

Mitsubishi Eclipse Cross
Eclipse Cross. Walaupun guna nama Eclipse tapi cun juga.

Satu lagi perkara menarik tentang Xpander ialah Mitsubishi hanya memasarkannya dalam varian 1.5 liter.

Penawaran tersebut dikira belum bersaing sepenuhnya dengan Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia yang dilengkapi enjin 1.3 liter dan 1.5 liter.

Mitsubishi juga belum memasarkan Xpander di banyak negara lain termasuk pasaran tempatan.

Pasaran nampak cerah untuk Mitsubishi terus bangkit dan berikut ialah pasaran sepuluh teratas di dunia:

Negara

Jualan

Indonesia

146,805

China

139,856

A.S

118,075

Jepun

104,611

Australia

84,826

Thailand

84,560

Filipina

65,894

Jerman

52,196

Rusia

45,391

U.K.

30,952

BACA: MITSUBISHI DELICA D:5 – BAKAL BERTANDANG KE TOKYO AUTO SALON 2019, BULAN DEPAN

BACA: ANDA DAH BERSEDIA? MITSUBISHI XPANDER SAH MASUK MALAYSIA TAHUN INI.

Tags
Google ads
Back to top button