Artikel PilihanBuletin

ASIMO BERSARA – INGATKAN NAK SAMBUNG SAMPAI 60 TAHUN

Beberapa hari lepas pada tanggal 31 Mac 2022, ASIMO telah dibersarakan oleh Honda. Selepas menghiburkan kanak-kanak dan orang dewasa yang berjiwa kanak-kanak selama 22 tahun dan menjadi duta kemajuan teknologi yang mampu dicapai, ASIMO akan bersara dari muncul di khalayak ramai.

Walaupun ASIMO ni nampak macam robot maskot Honda tapi sebenarnya ia mempunyai pencapaian yang cukup baik. Jauh mengatasi pencapaian pakar-pakar penyelidik robotik dari seluruh dunia.

ASIMO yang kita kenal merupakan robot comel dengan tinggi lebih sikit dari 4 kaki dan kelihatan seperti seorang angkasawan bertubuh kecil. Memulakan hayat pada tahun 2000 dan sentiasa dinaiktaraf dengan pelbagai fungsi termaju oleh Honda.

MINOLTA DIGITAL CAMERA

Tapi pembangunan robot Honda yang membawa kepada terciptanya ASIMO ini sebenarnya sudah bermula seawal tahun 1981. Projek ini sebagai motivasi kepada para jurutera Honda yang sedang berusaha dengan keras dalam penghasilan motosikal terbaik untuk bersaing dengan Yamaha. Mereka menjadikan pengasas Honda, Soichiro Honda sebagai motivasi untuk mencapai lebih kejayaan.

Pelbagai idea dikumpulkan namun makmal robotik pertama mereka hanya mula diasaskan pada tahun 1986. Bertemakan watak animasi popular ketika itu, Astro Boy, makmal robotik tersebut mula beroperasi dengan projek pertama mereka, Honda E-Series (E bermaksud Experimental). Pada masa itu dalam keadaan ekonomi yang cukup baik, Honda melaburkan wang yang cukup banyak untuk R&D projek robotik mereka.

Robot pertama mereka yang dinamakan EO lebih menyerupai sebuah unit komputer berkaki. Ngeri jugak kalau letak dalam rumah ni. Walaupun mempunyai kaki tapi setiap satu pergerakan mengambil masa 5 saat. Adoi la lambatnya.

MINOLTA DIGITAL CAMERA

Pada masa tersebut, kereta-kereta keluaran Honda masih menggunakan sistem karburator tetapi robot-robot keluaran mereka merupakan model-model termaju di dunia. Sayangnya ia dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai selama hampir 10 tahun.

Honda tidak pernah mendedahkan penyelidikan robotik mereka kepada dunia sehinggalah tahun 1996 dengan pengenalan model-model P-Series. Tapi pada masa itulah jugalah Honda memeriahkan dunia automotif dengan pelbagai model motosikal dan kereka terbaik mereka termasuklah EA Civic dan Honda NSX original.

Tapi pada masa itu, Honda masih dalam dilemma untuk memperkenalkan robot-robot mereka kepada dunia kerana bimbang dengan penerimaan atau dengan lebih tepat lagi penolakan dari orang ramai. Ye lah, ramai yang takut dengan robot sebenarnya bila dah tengok filem-filem seperti Terminator dan macam-macam lagi. Itu belum tengok filem-filem hantu keluaran Malaysia lagi. 5 filem sehari keluar beb. Apa pulak aku melalut ni.

Malah dikatakan salah seorang jurutera telah pergi melawat Roman Churia untuk mendapatkan restu dari pihak gereja Katholik tersebut. Dikatakan jawapan yang diterima jurutera tersebut ialah: Asalkan robot-robot ini dihasilkan untuk membantu urusan manusia, ia boleh diteruskan.

Rekaan ASIMO dipilih agar kelihatan lebih mesra manusia dan comel. Ia diperkenalkan kepada dunia pada November 2000 dan berkemampuan melakukan pelbagai tugas yang tidak terlalu sukar. Keupayaannya juga sentiasa dinaiktaraf sesuai dengan kemajuan teknologi.

ASIMO menjadi sensasi baru Honda sebaris dengan Super Cub, NSX, Integra Type R dan S2000 ketika itu. Ia juga membuktikan kemajuan teknologi Honda yang susah diganggu gugat.

Bukannya syarikat lain tidak pernah mencuba. Syarikat seperti Toyota, Mitsubishi, Hitachi, Sony dan Fujitsu juga pernah cuba menghasilkan robot seperti ASIMO tapi tiada satu pun yang mempunyai daya tarikan seperti ASIMO.

Dengan populariti dan daya penarik yang ada padanya, ASIMO bukan sekadar duta untuk syarikat Honda malah ia juga bagaikan duta Jepun secara amnya.

Selamat jalan ASIMO. Nak buat apa lepas pencen tu? Jadi hos Mekanika nak tak?

Kredit japanesenostalgiccar.com dan ben hsu

Google ads
Back to top button