Buletin

KENDERAAN PERSENDIRIAN BOLEH BAWA PENUMPANG BUKAN AHLI KELUARGA, RUMAH BERLAINAN

Kenderaan persendirian kini boleh membawa penumpang bukan ahli keluarga atau daripada rumah berlainan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata polisi bagi had bilangan penumpang turut dikekalkan bergantung kepada kapasiti kenderaan masing-masing.

“Mesyuarat khas menteri hari ini memutuskan untuk benarkan kereta persendirian membawa penumpang bukan ahli keluarga bermakna boleh membawa rakan sekerja atau kawan dan sebagainya.

“Sekarang kita benarkan mereka bawa penumpang yang bukan daripada keluarga dan rumah yang sama.

“Misalnya, jika ada yang ke pejabat secara ‘pool’ dalam satu kereta, ia kini dibenarkan,” katanya dalam sidang media harian PKPP.

Google ads
Back to top button