Buletin

SUPERCAR BLONDIE NAK BIKIN KERETA SENDIRI. KHUSUS UNTUK WANITA

Pemilik nama Alex Hirschi atau lebih dikenali sebagai Supercar Blondie memasang impian membikin kereta sendiri pada suatu hari nanti.

Alex Hirschi merupakan influencer automotif wanita paling berprofil tinggi dalam industri pemotoran.

Bahkan,wanita kelahiran Australia yang menetap di Dubai,Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu meraih pendapatan dianggarkan mencecah kira-kira AS$1.4 juta (RM6 juta) setahun melalui media sosial dan platform perkongsian video.

Itu merupakan sebahagian bonus bergelar influencer kerana dia dapat melihat serta memandu jentera-jentera baharu, paling mahal dan berkuasa di seantero dunia.

Begitupun, pengalaman selama beberapa tahun bergelar influecer membuka mata Supercar Blondie bahawa amat kurang kenderaan mesra wanita.

Justeru, dia tidak menolak jika diberi kesempatan mereka bentuk sebuah jentera dengan menampilkan elemen-elemen khusus untuk golongan wanita.

“Saya akan bergandingan dengan pengeluar kereta yang memiliki kepakaran dan tahu bagaimana hendak membikin kereta.

“Saya telah melihat banyak jentera-jentera yang terbaik di dunia malah akan menggabungkan ciri-ciri berkenaan dalam sebuah kereta direka sendiri oleh saya. Ia tentu menjadi kereta yang sangat istimewa,” katanya.

Sebelum ini, kereta edisi wanita pernah dilancarkan tetapi ia tidak kekal lama.

Adakah pengeluar kereta yang akan bekerjasama dengan Supercar Blondie membikin jentera khusus untuk wanita. Kita tunggu dan lihat perkembangan ini. – agensi

Google ads
Back to top button