,
Buletin

KREATIVITI TERLAMPAU. PINTU LUAR MERCEDES BENZ R CLASS DIPASANG SKRIN TV

Hiasan kereta melampau dengan pemasangan rim terlalu besar, gril berkilat-kilat dan kerja cat berlebihan mungkin membuatkan kita berasa pelik dengan citarasa pemiliknya.

Baru-baru ini, muncul imej yang dikongsi Reddit menunjukkan sebuah Mercedes Benz R Class dipasang skrin televisyen pada bahagian pintu. Lebih pelik lagi, skrin berkenaan dipasang di bahagian luar pintu.

Idea skrin dipasang di bahagian belakang tempat duduk penumpang hadapan masih boleh diterima akal. Ini kerana penumpang di bahagian belakang dapat menonton skrin tersebut.

Masih tidak boleh fikir apakah logik kenapa skrin berkenaan dipasang di bahagian luar pintu pada kereta yang dipercayai ditemui di Amerika Syarikat itu.

Bukan sahaja skrin televisyen berkenaan tidak praktikal. Malah, fungsi utama skrin televisyen untuk memberi hiburan kepada penumpang tidak dapat digunakan apabila berada di luar pintu.

Skrin televisyen berkenaan yang tidak berfungsi itu hanya kelihatan seperti sebuah kotak empat segi hitam di bahagian pintu. Ia jelas merosakkan rupa bentuk kenderaan ini. – thecargossip

Tags
Google ads
Back to top button