Buletin

MAZDA DEDAH GAMBAR TEASER TRAK PIKAP BT-50. LANCAR RABU DEPAN

Kita mungkin tidak terlalu mengenali trak pikap daripada Mazda, walaupun pengeluar kenderaan itu sudah mula menghasilkan trak sejak tahun 1930 lagi apabila Mazda-go tiga roda dilancarkan.

Selepas itu, beberapa trak tiga terus diperkenalkan dan trak pacuan empat roda dilancarkan pada tahun 1950.

Tahun 2006, Mazda memperkenalkan pulan generasi pertama BT-50 yang dibina di atas platform Ford Ranger. Kini, Mazda dilapor sedang bersedia untuk melancarkan generasi ketiga trak pikapnya.

Bakal dilancarkan secara rasmi pada 17 Jun depan, Mazda mendedahkan gambar teasr model serba baharu itu. BT-50 dikatakan berkongsi platform sama dengan Isuzu D-MAX baharu.

Ia dijangka menggunakan khidmat enjin turbo diesel 3.0 liter berkuasa 188hp dan tork 450Nm. Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear manual atau automatik 6-kelajuan.

Trak pikap itu juga mungkin didatangkan dengan enjin diesel 1.9 liter berkuasa 148hp dan tork 350Nm yang diambil daripada D-MAX.

Walaupun dibina menggunakan platform D-MAX, BT-50 akan tampil dengan rekaan terkini Mazda. Masih belum dapat dipastikan sama ada ia mengikuti pilihan badan D-MAX seperti dual-cab, kabin tunggal, empat pintu, dua pintu dan sebagainya.

Untuk ruang kabin, ia dipadang dengan paparan info 4.2 inci untuk pemandu dan skrin sentuh bersaiz 9 inci untuk sistem infotainmen yang disokong oleh ciri Android Auto dan Apple CarPlay.

Kita tunggu perincian penuhnya minggu depan.  

Google ads
Back to top button