Motosikal

HARLEY-DAVIDSON JALIN KERJASAMA DENGAN QIANJIANG MOTORCYCLE – BAKAL TAWAR MOTOSIKAL 388CC

Sebelum ini, memang sudah wujud laporan bahawa Harley-Davidson sedang sibuk membangunkan jentera bersesaran kecil untuk pasaran Asia. 

Kini, pengeluar motosikal dari Amerika Syarikt aitu mengesahkan bahawa ia telah menjalin kerjasama dengan Qianjiang Motorcycle Company Limited. Kolaborasi itu akan menyaksikan kedua-dua buah syarikat menghasilkan motosikal berenjin 338cc. 

Langkah iu juga dilihat dapat memacu pertumbuhan Harley-Davidson di pasaran global. Sekali gus mencapai sasaran pertumbuhan sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2027. 

Ketika kebanyakan pengeluar motosikal mensasarkan pasaran India, Harley-Davidson sebaliknya memilih China.

Biarpun produk Harley-Davidson sudahpun ada di pasaran China dan mencatat kenaikan jualan sehingga 28 peratus tahun lalu, model berenjin kecil kekal menjadi pilihan popular dalam kalangan pengguna di sana.

Justeru, model baharu itu dijangka menerapkan DNA bunyi dan penampilan sebuah Harley. Enjin motosikal tersebut akan dihasilkan di China dan perlu mematuhi stanfard pengilangan Harley-Davidson yang ketat. 

Jentera bersesaran 338cc itu dijangka berada di pasaran pada tahun depan.

Untuk makluman, Qianjiang Motorcycle ialah syarikat yang bertanggungjawab mengeluarkan motosikal jenama Benelli selepasia membeli Benelli pada tahun 2005. Sejak itu, ia telah menawarkan pelbagai segmen motosikal untuk pasaran domestik dan global. 

Benelli bukanlah satu-satunya jenama di bawah Qianjiang Motorcycle kerana ia turut menawarkan motosikal serta skuter Qijiang, Generic, Keeway dan KSR.  

Google ads
Back to top button