" "
Buletin

KERETA GOJEK TERJUN DALAM KOLAM, PENGHUNI KONDOMINIUM TUNTUT GANTI RUGI

Pihan pengurusan sebuah kondominium di Singapura menuntut ganti rugi daripada syarikat pengangkutan tumpangan Gojek setelah pemandu dari syarikat itu merosakkan harta benda sebelum hampir tenggelam di dalam kolam renang.

Kenyataan media daripada The Hillside condo pada 3 Mac lalu berkata, selain nasihat undang-undang, pihak pengurusan juga akan memaklumkan kepada Gojek bagi tujuan pengesahan sama ada pemandu tersebut bekerja untuk syarikat itu atau tidak.

Pada malam Selasa lalu, gambar dan video memaparkan sebuah Honda Vezel berwarna putih yang sebahagiannya tenggelam di dalam kolam tular di media sosial.

Menerusi rakaman CCTV, pemandu itu melanggar beberapa buah pasu di sebelah kiri pintu laluan masuk dan melanggar beberapa tumbuhan di laluan sebelah kanan.

Rakaman CCTV turut memaparkan kereta itu bergerak ke hadapan, dan membelok ke kanan sebelum bahagian hadapan kereta masuk ke dalam kolam.

Selepas terbabas ke dalam kolam, pemandu berkenaan meninggalkan kenderaan dan seorang penumpang wanita yang dikatakan berjumpa dengan keluarganya di kondo tersebut.

“Ketika berada di ruang menunggu, dia memberitahu pengawal keselamatan bahawa dia adalah pemandu Gojek,” memetik kenyataan media pihak pengurusan kondo terbabit.

Jurucakap Gojek bagaimanapun berkata pihaknya sedang meneliti kes berkenaan dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. – The Star

Google ads
Back to top button