Buletin

MIRZA SYAHMI ASAH KEMAHIRAN PERLUMBAAN DALAM VIOS CHALLENGE

Memulakan persaingan dalam acara Toyota Vios Challenge, pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal, Mirza Syahmi Mahzan mengambil langkah pertama untuk menjadi pelumba profesional.

Anak muda berumur 23 tahun ini mengakui, pelrumbaan begini memberi pengalaman dan pendedahan yang sangat berharga.

“Di litar, ia mengajar saya bagaimana untuk mengawal kenderaan dan meningkatkan kemahiran. Di luar litar saya belajar lebih banyak cara menyediakan kenderaan, selari dengan apa yang sedang saya belajar sekarang.

“Saya harap dapat terjemahkan apa yang saya belajar di kolej kepada perlumbaan, seterusnya jadikan perlumbaan ini sebagai satu karier,” Ujar Mirza Syahmi

Sebagai seorang peminat tegar sukan motor, minat beliau bermula sejak bertanding dalam acara gymkhana menggunakan kereta hariannya. Kemudian, beliau beralih ke perlumbaan litar pertamanya pada 2017

Dalam musim pertama TGR, Mirza Syahmi berjaya mendapat kedudukan grid depan sebanyak dua kali dan keputusan terbaiknya ialah menghabiskan di tempat ke enam.

Di perlumbaan pusingan ke 3 TGR Batu Kawan pula, beliau sekali lagi berjaya menduduki grid hadapan, mendahului sebanyak lima pusingan sebelum keretanya menghadapi masalah driveshaft lantas menggugurkannya dari saingan.

“Inilah sebahagian dari perlumbaan. Saya perlu akui, pertama kali berlumba di Toyota Vios Challenge Terengganu saya terkejut kerana berlumba dalam trek buatan langsung tak sama dengan trek sebenar.

“Sedikit kesilapan dan anda akan terus terbabas dan mencium penghadang jalan.

“Kelas Sporting yang saya tandingi sangat sangat kompetitif dengan gabungan pemandu lama dan pemandu berpengalaman. Saya suka keadaan di dalam dan di luar trek, kami belajar antara satu sama lain dan kami juga saling bertukar-tukar pandangan tentang talaan kereta kerana kai semua memandu jentera yang sama”

Sementara itu, bapa beliau Mahzan Abdul Manan memberitahu, keputusan mengambilbahagian dalam Toyota Vios Challenge ialah memberi pendedahan kepada anak lelakinya persekitaran perlumbaan sebenar.

“Tak macam perlumbaan lain yang lebih fokus pada prestasi kereta, Toyota Vios Challenge berlumba dengan kereta yang sama. Bukan sahaja menjadikan ia perlumbaan yang adil malah mengelakkan pasukan kaya melabur mengalahkan pasukan persendirian yang lebih kecil,” ujar Mahzan

Mahzan juga memberitahu, Toyota Vios Challenge juga memberi peluang kepada beliau mempromosikan perniagaan sunroof nya menerusi penjenamaan pada badan kereta.

“Ia adalah event yang menarik, ramai orang, banyak publisiti dan pengunjung dan bagi perniagaan kecil seperti saya, ia adalah platform yang tepat untuk dapatkan pendedahan serta servis yang kami tawarkan”

GALERI

Google ads
Back to top button