Artikel Pilihan

KERETA PALING KELAKAR DI DUNIA – DAIHATSU MIDGET!

Dalam industri automotif, pengeluar akan berinovasi memikirkan strategi untuk hasilkan kereta yang menarik minat orang untuk membeli. Kereta yang dijual itu perlulah bersesuaian dengan kehendak semasa.

Misalnya, swaktu krisis minyak 70-an, pengeluar kenderaan dari Jepun pantas popular kerana memperkenalkan enjin yang cekap bahanapi dan jimat penyelenggaraan.

Kereta Amerika pula tersadai di showroom sebab tak ada siapa nak beli enjin V8 pelahap petrol ketika harga bahanapi sedang menggila. Teori mudahnya begitulah. Kereta yang sesuai pada zaman itu akan laku dan dibeli orang.

Tengok sekarang pun sama. Perodua Bezza lebih laku kerana ia jimat minyak dan senang jaga.

Pada zaman 80-an dan 90-an dulu di Jepun ada satu makhluk aneh yang lahir. DI sebuah negara yang jalanrayanya sempit tetapi kenderaan perdagangan diperlukan yang bersaiz motor, apa pilihan yang ada?

Daihatsu hasilkan kereta ini, Daihatsu Midget II.

Nah, sila tonton video di bawah. NI antara video paling penat kami pernah shoot. Lepas tengok jangan lupa subscribe dan tekan loceng kat tepi.

Sebarang kecaman juga dialu-alukan

Google ads
Back to top button