Artikel Pilihan

SIRIP JERUNG ATAS KERETA LUMBA. NAK BUAT SUP KE?

Sebelum ini kita sudah biasa mendengar terma shark fin antena atau dalam bahasa melayu antena sirip jerung. Ia bertindak sebagai antena menggantikan bentuk antena yang memiliki arial panjang ataupun bee-sting antena. Dari segi esttetika, ia nampak lebih canggih.

Sehinggalah pasukan perlumbaan memperkenalkan sirip jerung pada jentera F1 seperti yang digunakan oleh pasukan AMG-Mercedes ataupun jentera yang digunakan oleh pasukan Toyota di Le Mans untuk 8 kali kemenangan. Tengok kali pertama ya Allah, buruknya. Macam serba tak kena.

Pada mulanya penulis menyangka yang sirip jerung ini direka dengan sengaja oleh pasukan yang bertanding untuk menampal logo syarikat yang menaja pasukan perlumbaan. Iyelah, kan banyak sangat tajaan sampai tak cukup ruang untuk menampal logo penaja.

Tapi tahukah anda sirip jerung yang dipasang pada bahagian atas kereta mempunyai fungsi bagi membekalkan aliran udara yang cukup ketika jentera perlumbaan mengambil selekoh dengan laju. Lateral force akan bertindak pada sirip jerung ketika kereta melalui selekoh bagi menghasilkan cengkaman yang lebih baik dan kestabilan.

Untuk mengambil selekoh dengan pantas tanpa terbabas, kereta perlukan lateral force yang lebih banyak yang bertindak pada bahagian kereta. Lebih banyak lateral force yang dihasilkan, kereta menjadi lebih stabil dan lebih laju. Lateral force boleh dihasilkan dengan memasang sirip jerung tadi pada kereta.

Tekanan udara yang terhasil cukup untuk menghasilkan lateral force yang berkesan. Malah sirip jerung ini juga menjadikan bahagian belakang dan roda belakang lebih stabil andai kata roda belakang hilang cengkaman. Sirip jerung tadi akan menghalang bahagian belakang kereta daripada berputar dan kereta mengalami oversteer.

Malah jurutera bendalir juga mendapati, ketika halaju tinggi juga aliran udara pada kereta menjadi lebih laju dan “melekat” pada permukaan kereta dengan wujudnya sirip jerung ini. Ia membantu menyalirkan udara dengan lebih banyak pada spoiler belakang. Apabila udara bergerak lebih laju, lebih banyak downforce yang wujud dan kereta lumba menjadi lebih stabil.

Namun sirip jerung ini juga ada kelemahannya tersendiri. Sirip jerung ini akan memiliki berat yang dipasang pada bahagian atas jentera perlumbaan. Ia akan menyebabkan pusat graviti jentera perlumbaan menjadi lebih tinggi sedikit lantas mengganggu kestabilan jentera.

Pada masa yang sama, sirip jerung ini juga akan mewujudkan sedikit rintangan angin ketika jentera dipandu laju di laluan lurus. Keadaan ini akan menjejaskan sedikit halaju maksimum jentera. Mungkin anda perlu memertimbangkan faktor ini sebelum memasang sirip jerung pada Myvighini anda

Google ads
Back to top button