Buletin

PEMANDU MERCEDES-AMG C43 LARIKAN DIRI SELEPAS REMPUH PAM MINYAK PETRONAS DI LDP

Seorang pemandu kenderaan mewah Mercedes-AMG C43 dipercayai melarikan diri selepas merempuh pam di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 12.13 tengah malam.

“Seramai lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tun dikejarkan ke tempat kejadian. Setibanya di lokasi didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta merempuh pam minyak di stesen berkenaan.

“Bagaimanapun, pemandu tiada di dalam kereta terbabit semasa pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian,” ujarnya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, berlaku tumpahan petrol susulan kemalangan itu.

“Pasukan bomba bertindak membersihkan minyak berkenaan untuk mengelak daripada terjadinya kejadian yang tidak diingini.

Operasi pembersihan tamat sepenuhnya pada pukul 12.49 tengah malam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button