Buletin

KERETA TERBANG PAL-V LIBERTY SEDIA DIPAMERKAN DI GENEVA MOTOR SHOW 2018 – SUDAH BOLEH DITEMPAH, HARGA BERMULA RM1.5 JUTA

Pengeluar kereta terbang, PAL-V dijangka memperkenalkan produknya dalam bentuk produksi pada acara Geneva Motor Show 2018 pada Mac depan.

Dilihat sebagai pencapaian mengagumkan dalam evolusi kereta terbang, PAL-V Liberty iala sebuah kenderaan tiga roda yang boleh bertukar kepada gyroplane/gyrocopter dalam masa lima hingga 10 minit.

PAL-V bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang spesifikasi. Namun mengesahkan bahawa Liberty menggunakan dua unit enjin pesawat Rotax. Ia telah direka untuk menepati piawaian kenderaan dan pesawat di Eropah serta Amerika Syarikat.

Selepas pameran di Geneva, Liberty akan melalui peringkat akhir proses pensijilan. Syarikat menjangkakan semua ini dapat disempurnakan pada tahun 2019.

Kereta terbang ini telah dibangunkan selama 10 tahun, apabila PAL-V membuktikan konsep kenderaan berkenaan pada tahun 2008. Model tersebut telah menjalani banyak ujian sebelum diterbangkan pada tahun 2011. 

Varian asas Liberty Sport dikatakan bkal ditawar pada harga AS$399,000 (RM1.5 juta) dan syarikat menerima tempahan dengan kos AS$2,500 (RM9,750).

Namun, bagi pelanggan yang mahu mendapatkannya segera, mereka boleh memilih Liberty Pioneer Edition berharga AS$$599,000 (RM2.3 juta).

GALERI 

Google ads
Back to top button