Buletin

HYUNDAI DEDAH GAMBAR RENDER SANTA FE BAHARU

Hyundai Motor Company hari ini mendedahkan gambar render pertama model SUV Santa Fe serba baharunya.

SUV itu menampilkan reka bentuk yang mewah dan menawan bersama perkadaran yang membentuk identiti rekaan terbaharu SUV Hyundai.

Penampilan Santa Fe ini diserlahkan menerusi bahagian hadapan yang garang. Ia hadir bersama gril radiator yang besar, diapit oleh sepasang lampu utama dan lampu nyalaan siang (DRL). Gabungan itu menyerlahkan gayaannya yang unik dan futuristik.

Render sisi pula menunjukkan karekteristik Santa Fe yang dinamik. Garis badan dan bumbung yang kemas dapat dilihat dari bahagian hadapan hingga ke lampu belakang dihasilkan dengan begitu harmoni.  

Bahagian belakang pula diserlahkan menerusi rekaan lampu yang unik, peredam berkembar dan bampar baharu.

Google ads
Back to top button