Buletin

KIA DEDAH FOTO RIO SEDAN (K2) UNTUK PASARAN CHINA

Kia Rio serba baharu melakukan debut pada acara Paris Motor Show beberapa bulan lalu. Kini, Kia mendedahkan pula varian Rio Sedan untuk pasaran China yang turut dikenali sebagai K2.

Didedahkan di acara Guangzhou Auto Show, sedan kompak itu tampil dengan pelbagai bentuk penambahbaikan. Memang ada persamaan di antara kedua-duanya dan perbezaan bukan sekadar penambahan ruang but sahaja.

batch_kia-rio-sedan-k2-china-2017-mekanika5

Memandangkan pelanggan China mahukan kenderaan yang lebih mewah, aspek itu dapat dilihat dengan jelas pada K2 sama ada pada bahagian dalaman atau luarannya. Bahagian hadapan diserlahkan dengan gril “tiger nose” krom yang jelas lebih mantap dan kelihatan seperti model Optima.

Sementara bahagian belakang pula mengambil insprasi rekaan model lebih besar iaitu Cadenza/K7. Tetapi ia ditambah dengan satu kemasan bar krom yang menyambungkan lampu belakang lebar.

batch_kia-rio-sedan-k2-china-2017-mekanika1

Perubahan ketara di antara model hatchback dan sedan itu adalah pada ruang kabin. Ia kini dilengkapi skrin infotaimen yang lebih bersepadu pada konsol tengahnya. Dari segi dimensi Kia K2 2017 memiliki jarak tapak roda 2,580mm, panjang 4,400 mm, lebar 1,740mm dan tinggi 1,460mm.

BACA: PANDU UJI: KIA RIO SEDAN KOMPAK YANG RARE

BACA: NAZA KIA LANCAR RIO SEDAN X

batch_kia-rio-sedan-k2-china-2017-mekanika

Sama seperti Rio hatchback, model sedan itu dijana oleh enjin aspirasi biasa (N/A) bersesaran 1.4 liter. Dengan kuasa mencecah 100hp, enjin tersebut dipadankan bersama kotak gear automatik enam kelajuan. Tempat duduknya dibalut kulit. Ia juga dilengkapi bumbung suria.

Tags
Google ads
Back to top button