Buletin

KIA EV3, 600KM WLTP UNTUK SATU PENGECASAN PENUH. DARI JB KE IPOH SETEL

Kia telah melancarkan sebuah lagi crossover kompak yang dinamakan sebagai Kia EV3 yang dihasilkan sebagai kereta elektrik sepenuhnya, sekaligus menemani Kia EV9 yang telah dilancarkan oleh Kia pada tahun lepas

Kia mengetengahkan falsafah rekaan progresif dan dinamik yang dinamakan sebagai “Opposites United”. Rekaan ini dihasilkan oleh Karim Habib yang kini memegang jawatan sebagai Executive Vice President and Head of Kia Global Design.

Selain itu, Kia juga membawa imej warna yang muda, berani, ruang kabin yang luas serta rekaan dalaman yang menenangkan jiwa sewaktu perjalanan. Kia juga mengekalkan imej korporat Tiger Face dengan penggunaan lampu DRL yang disusun secara menegak dan dinamakan sebagai Star Map Signature Light.

Rekaan lampu belakang juga dihasilkan dengan menggunakan inspirasi yang sama, membawa idea rekaan geometrik dan bergabuing terus dengan cermin belakang. Terdapat 9 warna yang ditawarkan dengan 2 warna baru dihasilkan khusus untuk EV3 iaitu Aventurine Green and Terracotta

Selain mampu memuatkan 5 penumpang dalam satu masa, EV3 turut dipasang dengan ruang simpanan untuk minuman, dan juga meja yang boleh dilipat untuk meletak laptop sekiranya anda perlu melakukan kerja sewaktu EV3 dalam keadaan statik. Kia EV3 turut dipasang dengan pelbagai ciri tambahan seperti:

1. Kusyen dengan mode Relaxation

2. Ruang simpanan depan Frund sebesar 25 liter dan ruang kargo belakang 460 liter

3. Skrin multimedia 30 inci yang merangkumi meter digital sebesar 12.3 inci & skrin sesentuh untuk sistem penyaman udara sebesar 5 inci dan skrin HUD 12 Inci

4. Pelanggan boleh memilih kemasan dalam dengan warna Subtle Grey, Warm Grey, Blue, manakala Onyx Black adalah khas untuk varian GT

5. Fabrik yang dipasang pada papan pemuka dihasilkan daripada kain yang dikitar semula manakala Polyethylene terephthalate (PET) kitar semula digunakan untuk kusyen, headliner, perehat tangan, carpet dan ruang kargo

Kia EV3 dihasilkan daripada Electric Global Modular Platform (E-GMP) dengan bateri sebesar 58.3kWh bagi varian standard manakala varian Long Range ditawarkan dengan bateri 81.4kWh. Kia EV3 datang dengan panjang 4300mm, lebar 1850mm dan jarak antara roda ialah 2680mm

Pekali geseran direndahkan kepada 0.263 bagi memastikan kecekapan tenaga adalah tinggi. Semua varian akan dipasang dengan motor yang menjana 210 kuasa kuda dan 283Nm tork, bagi menghasilkan pecutan 0-100 dalam masa 7.5 saat. Halaju tertinggi pula ditetapkan pada 170km/jam

Satu pengecasan penuh membolehkan Kia EV3 Long Range dipandu sejauh 600km (WLTP) manajala pengecasan pantas DC mampu memenuhkan bateri dari 10% – 80% dalam masa 31 minit sahaja

Crossover elektrik ini turut dipasang dengan eDTVC Electric Dynamic Torque Vectoring Control, Forward Collision-Avoidance Assist, Lane Keeping Assist, Highway Driving Assist, dan Reverse Parking Collision-Avoidance Assist p

Google ads
Back to top button