Motosikal

MAS2024: KEEWAY SIXTIES 250 DIRASMIKAN – RM13,888

Jenama motosikal Keeway dengan rasminya kembali ke pasaran tempatan menerusi pelancaran Keeway Sixties 250 yang ditawarkan pada harga RM13,888. 

Skuter gaya retro itu dipersembahkan kepada orang ramai di Malaysia Autoshow 2024 bertempat di MAEPS, Serdang. 

Bagi pasaran Malaysia, Sixties 250 hadir dengan tiga warna pilihan; Matte Black, Matte Green dan Light Blue.

Atas kertas, Keeway Sixties 250 dipacu enjin satu slinder 244.3cc SOCH dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya. menjana 21.3hp pada 8,000rpm dan 21Nm pada 6,250rpm. 

Keeway mendakwa Sixties 250 ini mampu mencapai kelajuan maksima (selesa) 115km/j. Kuasa pula disalurkan menerusi transmisi CVT dengan pacuan tali sawat. 

Antara kelengkapan ditawarkan termasu:

  • fork teleskopik depan, dan penyerap hentak tunggal belakang
  • rim aloi 12-inci 
  • cakera brek tunggal 230mm depan, 220mm belakang
  • tangki 10L

Menariknya, dengan harga ditawarkan Keeway Sixties 250 ini lebih mampu milik berbanding ‘benchmark’ Vespa Primavera/Sprint yang bersesaran 150cc dan dijual pada harga lebih RM19k. 

GALERI: KEEWAY SIXTIES 250

Google ads
Back to top button