Buletin

KIA EV9 TIBA DI PASARAN MALAYSIA – JANA 380HP, JARAK GERAK 505KM, HARGA BERMULA RM368K

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd secara rasmi melancarkan kenderaan Bateri Elektrik (BEV) kedua di Malaysia iaitu Kia EV9, diberi tanda harga bermula RM368,888.00.

Kia EV9 yang merupakan SUV elektrik tiga baris tempat duduk pertama Kia dibina di atas platform E-GMP, mempunyai dimensi 1,755 (tinggi), 1,980mm (lebar), 5,010mm (panjang) dan jarak roda sekitar 3,100mm.

Dari segi penggayaan, EV9 menampilkan falsafah Opposite United dengan rekaan garang pada bahagian depan yang digelar Digital Tiger Face dan dipadankan bersama lampu utama star-map.

Di bahagian belakang pula, anda boleh lihat lampu belakang yang merentasi keseluruhan badan, sekaligus memberikannya gaya cukup futuristik.

Menjengah ke dalam kabin, EV9 menerima kelengkapan seperti skrin infotainmen berkembar bersaiz 12.3-inci dengan ketersambungan AppleCarPlay/Android Auto dan paparan 5-inci untuk kawalan suhu.

Di samping itu, terdapat juga butang-butang fizikal disediakan seperti tombol pendingin hawa yang mudah untuk dioperasi selain dilengkapi sistem audio Meridian 14-pembesar suara.

Secara mekanikal, KIA EV9 AWD dijana oleh bateri lithium-ion 99.8kWh, menawarkan jarak gerak 505km bagi setiap pengecasan penuh.

Beralih pada kuasa, jentera ini hadir dengan susun atur motor berkembar dan menghasilkan jumlah kuasa gabungan mencecah 380hp dan 700Nm.

Bagi ciri keselamatan, EV9 dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) yang terdiri daripada High Beam Assist, Parking Collision-Avoidance Assist (front, rear and side), Blind-Spot Collision-Avoidance Assist, Rear Cross-Traffic Collision Avoidance Assist, blind spot monitoring, lane keep assist, driver attention warning, Lane Following Assist, adaptive cruise control dengan fungsi stop and go serta Forward Collision-Avoidance Assist.

Menariknya, sistem vehicle-to-load (V2L) turut disediakan dan mampu menghasilkan output sehingga 3.6kWh.

Kia EV9 adalah diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea, menawarkan lima pilihan warna iaitu:

  • Ocean Blue
  • Snow White Pearl
  • Pebble Grey
  • Aurora Black Pearl
  • Iceberg Green

Seperti dinyatakan di atas, KIA EV9 kini boleh dimiliki pada harga bermula RM368,888.00.

GALERI:

Google ads
Back to top button