Buletin

PORSCHE TAWAR INSENTIF RM21K UNTUK TUKAR MODEL TESLA KEPADA TAYCAN BAHARU

Porsche telah memperbaharui model Taycan EV untuk tahun 2025 dengan memperkenalkan pelbagai peningkatan gaya dan teknologi yang direka untuk menjadikannya lebih menarik berbanding pesaingnya seperti Tesla Model S.

Untuk menarik lebih ramai pelanggan, Porsche menawarkan insentif sehingga AS$4,500 (RM21,238) untuk mereka yang menukar dari Tesla kepada Taycan baru.

Secara teknikal, mereka yang memandu apa-apa kereta bukan Porsche layak untuk Porsche Conquest Lease Program “Welcome To Porsche Conquest Lease Program”, tetapi dalam kes Taycan, ia jelas ditujukan kepada mereka pemandu Tesla Model S.

Menurut Cars Direct, tawaran ini merangkumi pajakan model Taycan MY24 dan MY25, dan akan menanggung bayaran sewa sehingga AS$4,500 (RM21,238), bergantung kepada jumlah hari yang tinggal dalam kontrak sewa semasa.

Sejak diperkenalkan pada 2019, Porsche tidak banyak mengubah Taycan, tetapi tahun ini rangkaian ini mendapat kemas kini menyeluruh yang membawa kepada masa pecutan dan pengecasan lebih singkat, serta bateri lebih besar (105 kWh berbanding 93 kWh).

Model Turbo S kini menghasilkan 939hp, mempunyai daya pecutan dari 0 hingga 60 mph (96 km/j) sebanyak 0.3 saat kepada 2.3 saat.

Versi paling pantas ialah Taycan Turbo GT, menghamburkan kuasa 1,092hp, yang boleh dipesan melalui pakej penjimatan berat Weissach, menggantikan tempat duduk belakang dengan panel gentian karbon.

Dengan peningkatan gaya, teknologi, dan prestasi, Porsche Taycan EV 2025 kini bersedia untuk menyaingi Tesla Model S, sambil menawarkan insentif menarik kepada pelanggan baru.

Google ads
Back to top button