PUTRAJAYA JADI SAKSI ACARA DUATLON TERBESAR DUNIA, REBUT GELARAN POWERMAN MALAYSIA
Putrajaya sekali lagi menjadi tuan rumah kepada acara duatlon terbesar dunia, menyaksikan pelari dan pelumba basikal terbaik dari seluruh dunia berkumpul di Dataran Putrajaya untuk bersaing merebut gelaran POWERMAN Malaysia.
Edisi 2024 ini merupakan kali ke-19 perlumbaan berprestij ini diadakan, dan menjadi lebih istimewa dengan penglibatan rakan kerjasama baharu, JAECOO, jenama kenderaan utiliti sukan (SUV) premium antarabangsa.
POWERMAN Malaysia 2024 oleh JAECOO menarik penyertaan antarabangsa tertinggi dengan lebih daripada 4,000 peserta tegar duatlon dan atlet elit bersaing dalam format berlari-berbasikal-berlari meliputi pelbagai kategori, termasuk jarak Klasik (berlari 10km, berbasikal 60km, dan berlari 10km) dan kategori jarak dekat (berlari 5km, berbasikal 30km, dan berlari 5km).
Selain itu, terdapat juga 3 kategori POWERKIDS untuk peserta muda berumur 6 hingga 15 tahun. Acara ini turut mengalu-alukan penyertaan 20 kanak-kanak dengan kekurangan upaya fizikal dan keperluan khas, yang mendapat sokongan padu serta sorakan gemuruh daripada semua penonton.
Majlis perlepasan kategori Elit, Klasik, dan Pendek POWERMAN disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Hannah Yeoh, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Y.Bhg Dato’ TPr. Fadlun Bin Mak Ujud, Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek dan Pengarah Mesyuarat dan Insentif Sokongan Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), En. Mohammad Isa Abdul Halim.
John Leerams Chicano dari Filipina memenangi tempat pertama kategori lelaki Elit dengan masa 02:41:48, manakala Rendy Williams dari Amerika Syarikat mengungguli kategori wanita Elit dengan catatan masa 03:09:34.
Trio Malaysia, Esther Joy Hong Li Chen (03:13:35), Muhammad Rabani Bin Hashim (02:58:41), dan Nazri Muhamad (02:59:24) puls menamatkan perlumbaan di tempat ke-2, ke-5, dan ke-6 dalam kategori Elit.
Selain perlumbaan, peserta dan pengunjung berpeluang melihat sendiri SUV premium JAECOO J7, yang bertindak sebagai kenderaan pemula perlumbaan.
Ekspo industri selama tiga hari juga diadakan, menampilkan lebih 50 peserta pameran termasuk jenama terkenal seperti Kahf, 100PLUS, Shimano, PURPOSE Performance Wear, Therabody, dan Garmin.
Untuk maklumat lanjut mengenai POWERMAN Malaysia 2024 oleh JAECOO, sila layari www.powerman.my