Buletin

KIA MALAYSIA BUKA 3S BAHARU DI KUALA TERENGGANU 

Naza Kia Malaysia telah membuka pusat 3S terbaharunya di Kuala Terengganu hasil kerjasama dengan pengesah sah Autohaus Prima Sdn. Bhd.

Berkeluasan 10,000 kaki persegi, ruang pameran Kia Kuala Terengganu mampu menempatkan sehingga lima buah kereta. Selain satu ruang penyelenggaraan yang mampu menyelenggara sehingga 15 buah kereta sehari. 

“Pembangunan pesat di kawasan ini menjadikannya sebagai satu lokasi ideal yang mampu memenuhi keperluan pemilik kenderaan Kia dan pelanggan berpotensi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia Malaysia, Ivan Kuan. 

Terletak di  159 Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu, pusat 3S itu melibatkan pelaburan sebanyak RM1 juta. Ia merupakan cawangan kedua yang dilancarkan di kawasan Pantai Timur selepas Kia Red Cube di Kuantan pada tahun 2014.

Kia Kuala Terengganu menawarkan model-model terkini Kia seperti Rio, Cerato, Optima, Sportage, Sorento dan MPV Grand Carnival. Semua kenderaan Kia hadir bersama jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had. Maklumat lanjut, sila hubungi talian 09-6221313.

Google ads
Back to top button