Buletin

TOYOTA TJ CRUISER CONCEPT – GABUNGAN REKA BENTUK VAN KARGO DAN SUV

Toyota dijangka dapat menarik minat penggemar van kargo dan SUV apabila bakal memperkenalkan Tj Cruiser Concept tidak lama lagi. 

Direka untuk pemandu yang mahukan sebuah kenderaan gaya hidup, berkerja dan bermain, Tj itu bermaksud ‘Toolbox’ dan ‘joy’. Manakala perkataan Cruiser sudah lama digunakan oleh Toyota. 

Tj Cruiser Concept dibina di atas kerangka TNGA (Toyota New Global Architecture) generasi seterusnya. Rangkaian kuasa 2.0 liter hibrid itu masih belum ada perinciannya. Namun, Toyota akan berkongsi maklumat lanjut pada acara Tokyo Motor Show 2017 pada hujung bulan ini.  

Sebagaimana yang anda boleh lihat, jentera ini mempunyai rekaan yang berkotak-kotak. Salutan khas digunakan pada bahagian hud, bumbung dan fender untuk melindunginya daripada calar dan kotor. 

Suspensi tegar, rim bersaiz 20 inci yang dibalut dengan tayar lebar serta sistem pacuan semua roda memastikannya ia mampu meredah apa jua permukaan tanpa sebarang masalah. 

Pasukan reka bentuk Toyota nampaknya melakar bentuk yang agak pelik. Tetapi jika diteliti, bahagian kabinnya begitu fleksibel. Pemandu boleh menggunakan pintu hadapan atau pintu gelongsor belakang untuk masuk ke dalam kabin. 

Tempat duduk hadapan dan belakang boleh dilipat rata dan membolehkan pengguna mengangkut barangan yang panjang sehingga tiga meter. Urusan mengangkut barang yang besar seperti basikal atau sebagainya kini lebih selamat. Terima kasih kepada beberapa poin cagak yang disediakan.  

Ini baru model konsep. Kalau terima maklum balas positif daripada orang awam, tidak mustahil Toyota akan menghasilkannya nanti. Kita tunggu sahajalah… 

GALERI

Google ads
Back to top button