Buletin

KIA PICANTO KINI SUDAH 20 TAHUN DI UK DAN MENJADI MODEL SEGMEN A YANG PENTING DI SANA

Siapa sangka, model kecil Kia Picanto ini yang mula dilancarkan semenjak dari tahun 2003 lagi terus menerima sambutan yang baik di serata dunia untuk sebuah model yang comel sebegini. Dan setahun kemudian, Kia Picanto generasi pertama ini telah pun selamat tiba di UK.

Kini Kia Picanto meraikan 20 tahun penjualannya di UK, semenjak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2004. Sejak diperkenalkan, Kia telah menjual lebih daripada 260,000 contoh Picanto, dan model itu telah melihat tiga generasi baharu serta beberapa kali facelift.

Kereta itu mula dijual di pasaran negara kelahiran Kia di Korea Selatan pada tahun 2003 dengan menggunakan nama Kia Morning, nama yang masih dikekalkan di pasaran tertentu sehingga ke hari ini. Kereta bandar itu dinamakan semula sebagai Picanto yang membawa erti picante/piccante iaitu pedas dalam bahasa Sepanyol / Itali sebelum ia tiba jalan raya sekitar Eropah, bagi menyuntik sedikit rempah tambahan ke dalam kereta segmen A Eropah.

Walaupun merupakan yang terkecil daripada rangkaian kenderaan Kia yang dijual di UK, Picanto secara konsisten mencapai prestasi jualan yang baik, sebagai model terlaris keempat Kia di UK tahun ini.

Pada Ogos 2023, Picanto melepasi pencapaian yang luar biasa iaitu satu perempat daripada satu juta jualan seumur hidup di UK. Ia merupakan model kedua terlaris dalam sejarah Kia UK, di belakang model Sportage.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Kia Picanto ini semakin mengukuhkan kedudukannya dalam menguasai segmen A  di UK, pasaran yang kekal menjadi tumpuan penting untuk Kia.

Dalam tahun ke-20 jualannya di UK, Kia Picanto sedang menjalani proses kemas kini pertengahan hayat untuk generasi ketiga ini, mengukuhkan lagi komitmen Kia terhadap segmen A. Versi kemas kini baharu untuk Kia Morning yang lebih segar dan moden turut perkenalkan meliputi rekaan lampu dan bampar baharu di bahagian hadapan dan belakang serta tambahan ciri – ciri keselamatan yang lebih moden.

Mungkin dua tiga lagi barulah model serba baharu untuk Kia Picanto ini akan diperkenalkan pula sementelah generasi ketiga ini berada dalam pasaran semenjak dari tahun 2017 lagi.

BACA : KIA PICANTO 2023, 1.0L DAN 1.2L, 5MT DAN AMT, SPORTY DENGAN GT-LINE

BACA : KIA PICANTO FACELIFT 2021. 2 PILIHAN ENJIN, BAKAL MASUK PASARAN EROPAH

Google ads

B K

Back to top button