Buletin

BFGOODRICH PERKENALKAN TAYAR BFGOODRICH ALL-TERRAIN T/A KO3 DI AUSTRALIA – BAKAL DIJUAL DI MALAYSIA OKTOBER INI

BFGoodrich baru-baru ini mengadakan acara pra-tonton eksklusif bagi tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 di Sirromet, Brisbane, Australia.

Acara yang berlangsung dari 7 hingga 17 Julai 2024 itu memberikan peluang kepada 200 wakil pengedar, warga media, serta personaliti industri dari Asia Timur dan Australia untuk merasai prestasi tayar ini sebelum pelancaran rasminya pada bulan September.

Dengan tema “Legendary Toughness. Made Tougher.”, acara ini mempamerkan kehebatan tayar All-Terrain T/A KO3 yang mengatasi model terdahulu, BFGoodrich All-Terrain KO2.

Acara ini menampilkan tiga bengkel memandu bagi menunjukkan ketegaran (Toughness), cengkaman (Traction), dan kehausan bunga (Treadwear) tayar ini di atas dan luar jalan raya.

Teknologi terbaharu tayar ini merangkumi:

  • Ketegaran: Dengan Teknologi CoreGard dan Rekaan Pesongan Canggih untuk dinding sisi tayar yang lebih kuat.
  • Cengkaman: Dengan rekaan bahu bergerigi dan lembaran kalis lumpur untuk cengkaman yang lebih baik.
  • Kehausan Bunga: Dengan ramuan bunga tayar yang baharu untuk daya tahan yang lebih lama, menjadikan tayar ini pilihan terbaik untuk laluan berbatu dan permukaan kasar.

Acara ini juga terdapat Zon Pameran yang memaparkan sejarah dan legasi jenama BFGoodrich, serta produk “offroad” mereka termasuk BFGoodrich HD Terrain, Mud-Terrain T/A KM3, serta Trail-Terrain T/A.

Para peserta juga diberi peluang untuk menguji tayar ini melalui tiga bengkel memandu:

1. “Toughness Built to Overcome” – Bengkel offroad yang mencabar dengan bukit, alur air, laman batu, dan cerun licin.

2. “Traction & Treadwear” – Bengkel makmal prestasi yang menunjukkan daya tahan tayar serta prestasi pembrekan di atas permukaan berpasir dan pacuan lumpur.

3. “All-Terrain On-Road & Off-Road” – Bengkel untuk mengamati kualiti redaman bunyi serta pengendalian di atas jalan awam serta laluan offroad berpasir dan kasar.

Tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 dijangka mula dijual di Malaysia pada bulan Oktober ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai BFGoodrich dan tayar ini, sila layari https://www.bfgoodrichtires.com/   

Google ads
Back to top button