Buletin

KICKS KINI DIUJI DI THAILAND DAN INDONESIA

Nissan seringkali membuat kejutan yang sukar diduga oleh peminatnya. Baru-baru ini Nissan Kicks ditemui sedang dipandu uji di Thailand dan Indonesia, perkara tersebut menjadi berita hangat di kalangan penggemar jenama itu.

Walaupun model tersebut sudah agak lama wujud, penjualannya masih belum menembusi rantau Asia Tenggara dan sangat dinantikan oleh peminatnya.

Beberapa gambar telah tular di internet menunjukkan sebuah Nissan Kicks berbalut sticker celoreng sedang dipandu uji.

Melalui gambar tersebut, tidak banyak ciri-ciri menarik yang kelihatan. Antaranya hanyalah lampu hadapan berwarna putih yang menandakan model tersebut menggunakan teknologi LED.

Dalam tempoh masa yang tidak lama dari kejadian tersebut, warganet memuat naik gambar menunjukkan satu model misteri sedang dipandu uji di jalan raya Indonesia.

Dengan reka bentuk cermin belakang yang serupa dengan Nissan Kicks, berkemungkinan besar model tersebut juga merupakan sebuah Nissan Kicks yang bakal memasuki pasaran negara tersebut.

Setelah tersebarnya gambar pandu uji di dua negara berkenaan, mungkin penjualannya akan bermula tidak lama lagi. Didahului oleh Thailand, kemudian Indonesia.

Kicks yang telah memenangi banyak anugerah di Eropah menjadi harapan baharu kepada Nissan Indonesia dalam usaha meningkatkan lagi jualannya di sana.

Tags
Google ads
Back to top button