Buletin

EV PERTAMA MAZDA, MX-30 AKAN DILANCARKAN PADA Q4 TAHUN INI

Bermaz Motor dilapor bakal melancarkan model elektrik pertama Mazda, MX-30 ke pasaran tempatan menjelang suku keempat tahun ini.

Memetik laporan bank AmInvestment ke atas Bermaz, CX-30 akan dibawa masuk dalam bentuk import sepenuhnya dahulu. SUV EV itu juga mungkin ditawarkan sebagai model CKD apabila dijadual dikilangkan sebelum tahun 2021.

Bermaz mengambil keputusan untuk memasang CX-30 di kilangnya di Kulim kerana ia boleh memanfaatkan pengecualian cukai ke atas model elektrik oleh kerajaan. Jadi, Berjaya Motor boleh menawarkan MX-30 pada harga lebih mampu milik kepada pengguna.

Pengenalan MX-30 dilihat sebagai usaha Bermaz Motor untuk memperluaskan tawaran model CK ke pasaran tempatan. Apatah lagi ketika Berjaya Auto dikatakan bakal melabur sebanyak RM200 juta ke atas kilangnya.

Naik taraf itu membolehkan kilang berkenaan meningkatkan kapasiti pengeluaran daripada 30,000 kepada 80,000 unit setahun.

Selain MX-30, SUV kompak CX-30 juga dijangka dipasang tempatan. Sedia maklum bahawa CX-30 kini ditawarkan dalam bentuk CBU sahaja.

Dengan harga yang agak tinggi mencecah RM130,000 seunit, CX-30 sukar untuk bersaing dengan model sekelasnya seperti Honda HR-V dan Toyota CH-R.

MX-30 dibina di atas platform platform e-Skyactiv yang tidak berkongsi dengan mana-mana model Mazda sekrang. SUV itu tampil dengan rekaan KODO yang elegan.

EV itu menggunakan khidmat motor elektrik tunggal berkuasa 141hp dan tork 264Nm. Dengan sekali caj penuh, pek bateri berkapasiti 35.5 kWh itu mampu menawarkan jarak sejauh 209km.

Google ads
Back to top button