Buletin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN TIDAK TERUSKAN CADANGAN BINA LITAR DRAG, TELAN KOS TINGGI

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan bahawa kerajaan pusat tidak akan meneruskan cadangan kerajaan terdahulu untuk membina litar perlumbaan drag khas di setiap negeri.

Perkara itu dijelaskan oleh Hannah Yeoh dalam merespon pertanyaan dari Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.

Pada Ogos 2022, Ismail Sabri berkata cadangan itu bertujuan meningkatkan pembangunan sukan permotoran di negara ini.

Menurut Hannah Yeoh, langkah meneruskan cadangan seperti diumumkan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menanggung kos penyelenggaraan yang sangat tinggi selain diselia oleh pakar terlatih.

“Sekiranya terdapat keperluan untuk pembinaan litar lumba drag sebegini, Yang Berhormat boleh mengemukakan permohonan kepada kementerian ini untuk pertimbangan selanjutnya.

“Bagaimanapun, sebarang permohonan kemudahan sukan baharu hanya dipertimbangkan sekiranya ia memenuhi syarat-syarat ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi,” katanya. – Malay Mail

Google ads
Back to top button