Buletin

KILANG MEGAPACK BATERI TESLA TERBAKAR DI AUSTRALIA. KELUARKAN API DAN ASAP TOKSID

Pihak bomba berusaha membendung kebakaran beracun sepanjang malam apabila salah satu bangunan di kilang bateri Tesla terbakar di Australia.

Menurut laporan ABC News Australia, kebakaran bermula di tapak Victorian Big Battry berdekatan Geelong, apabila bateri litium 13 tan diliputi api sebelum ia merebak sehingga bank bateri bersebelahan kawasan terbabit.

Lebih 150 anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran bersama dengan petugas Ambulance Victoria yang bertindak memantau situasi kesihatan di lokasi kejadian.

Kebakaran terbabit mengeluarkan api dan asap toksid malah amaran dikeluarkan kepada penduduk kawasan Geelong.

Mereka diarahkan untuk menutup tingkap dan membawa haiwan peliharaan ke tempat selamat.

Kebakaran dapat dikawal pihak bomba dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan. – carscoops

Google ads
Back to top button