Buletin

KILANG TRANSMISI AKASHI KIKAI DILANCAR

Akashi Kikai Industry (M) Sdn. Bhd. (Akashi Kikai), kilang transmisi automatik elektronik (E-AT) baru-baru ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Akashi-Kikai-Perodua-mekanika (3)

Kilang E-AT yang turut membekalkan transmisi manual dan komponen-komponen lain itu melibatkan pelaburan lebih RM200 juta. Ia akan membekalkan transmisi secara eksklusif kepada Perodua.

“Perodua mensasarkan rekod jualan baru sebanyak 208,000 unit kenderaan pada tahun ini. Jadi kami pasti Akashi Kikai akan menjadi begitu sibuk,” kata Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin. Turut hadir di majlis tersebut ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Akashi-Kikai-Perodua-mekanika (1)

Pada 7 Mac 2012, Akashi Kikai Co Ltd menyatakan persetujuan dengan pihak Menteri Besar Incorporated (MBI) dan pemaju BSS Development Sdn Bhd untuk membina kilang E-AT.

Kilang seluas 13,000 meter persegi itu memiliki kapasiti pengeluaran 200,000 unit transmisi setahun. Terletak di Sendayan TechValley Seremban, ia kini menggaji 200 orang pekerja.

Pemegang saham Akashi-Kikai terdiri daripada Akashi-Kikai Industry co Ltd (51%), Daihatsu Motor Corporation Sdn. Bhd. (39%) dan Perodua 10%.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button