Motosikal

SUZUKI RM-Z250 2016 SEMAKIN MANTAP

Suzuki baru-baru ini mengumumkan perincian tentang model RM-Z250 untuk tahun 2016.

suzuki-RM-Z250-mekanika (8)

Jentera dual-purpose itu menggunakan sistem kawalan bantuan Holeshot (S-HAC), di samping suspensi, brek, komponen enjin baharu dan kerangka lebih ringan yang telah direka semula.

Rekaan Suzuki RM-Z250 baharu mendapat kerjasama pasukan lumba motocross dari Eropah dan Amerika Syarikat. Ia bagi menghasilkan jentera motocross kelas MX2 yang sempurna. Model itu memiliki tebaran kuasa yang lebih luas, kerangka ringan, tahan lasak dan prestasi pengendalian terbaik.

suzuki-RM-Z250-mekanika (2)

Sistem S-HAC yang diambil terus daripada jentera lumba itu mula diperkenalkan pada model RM-Z450 pada tahun lalu. Teknologi itu membantu penunggang untuk berlepas dari garis mula dan memecut ketika di selekoh dengan lebih lancar.

Enjinnya mendapat lebih 80 komponen baharu atau yang telah direka semula bagi meningkatkan prestasi dan mampu menawarkan kuasa pada julat kuasa lebih luas.

suzuki-RM-Z250-mekanika (4)

Prestasi membrek dan mengambil selekoh dipertingkatkan menerusi penggunaan fork depan KYB pneumatik, satu kilogram lebih ringan berbanding model sebelumnya.  Selain talaan spring, tahap redaman juga kini boleh dilaras untuk kelajuan tinggi dan rendah.

suzuki-RM-Z250-mekanika (9)

Tidak dijual di pasaran tempatan. Tetapi Suzuki RM-Z250 dijangka berada di pasaran Eropah mulai Ogos depan. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button