Buletin

MBM UMUM PRESIDEN & CEO BAHARU

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru-baru ini mengumumkan bahawa Dr. Claus Weidner sebagai pengganti Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roland Folger.

Dr-Claus-Weidner-mekanika

Dr. Weidner akan memulakan tugas secara rasmi mulai Oktober depan. Beliau memiliki pengalaman selama lebih 20 tahun dengan Mercedes-Benz. Dr. Weidner pernah menjawat jawatan pelbagai posisi dalam aspek jualan, pemasaran dan strategi korporat di Jerman.

Beliau juga pernah menjadi Ketua Jualan/Pemasaran di China, selain mengetuai perniagaan Mercedes-Benz di Hong Kong, Macau dan Indonesia. Ketika menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz di Indonesia, Dr. Weidner berjaya mengekalkan kedudukan Mercedes-Benz selaku peneraju pasaran dengan jumlah jualan yang positif.

Roland-Folger-mekanika

“Berkhidmat selama lima tahun di Malaysia sememangnya menjadi satu pengalaman yang mengujakan. Kejayaan yang kami capai adalah bukti kemantapan pasukan kami. Saya yakin di bawah pimpinan Dr. Weidner, MBM mampu mendominasi segmen mewah di Malaysia,” kata Folger.

Dengan latar belakangnya yang dinamik, Folger akan mengetuai Mercedes-Benz India Pvt. Ltd selaku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif pada penghujung tahun ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button