Buletin

NISSAN GT-R NISMO 2022 DAPAT WARNA KELABU, BONET GENTIAN KARBON

Nissan GT-R merupakan antara jentera yang mendapat perhatian penggemar automotif sejak diperkenalkan pada tahun 2007.

Terbaharu, Nissan ingin mengingatkan kepada khalayak bahawa Godzilla ini masih memiliki aura tersendiri dengan mendedahkan Nissan GT-R Nismo 2022.

Jentera terbaharu itu menampilkan  kemasan warna kelabu (Stealth Gray) dipadankan bonet gentian karbon disadur cat berwarna jernih.

Ia turut dilengkapi rim aluminium eksklusif Rays saiz 20 inci yang mendapat sentuhan warna hitam dan merah serta kaliper brek kuning menyerlahkan sisi garang jentera terbabit.

Nissan GT-R Nismo 2022 hadir dengan logo korporat baharu Nissan yang digunakan pada model EV Nissan Ariya.

Jentera itu mendapat khidmat enjin 3.8 liter Twin Turbo V6 yang menjana kuasa 529 hp dan tork 652 Nm.

Nissan masih belum mengumumkan harga bagi Nissan GT-R Nismo 2022 dan Nissan GT-R Nismo Special Edition. – carscoops

GALERI

Google ads
Back to top button