Buletin

PKP 2.0 DILANJUTKAN SEHINGGA 18 FEB. SOP LEBIH KETAT, TIDAK BOLEH RENTAS NEGERI

Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di seluruh negara kecuali Sarawak akan dilanjutkan bermula 5 hingga 18 Februari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Sarawak bagaimanapun kekal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kita akan teruskan PKP dengan SOP lebih ketat. Sebagai contoh, jumlah orang ramai yang masuk ke pasar raya perlu dihadkan bagi mengelak perkumpulan besar,” kata Ismail dalam satu sidang media sebentar tadi.

Prosedur operasi standard (SOP) mengenai lanjutan PKP ini akan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Antara SOP lain termasuklah mengekalkan larangan rentas negeri dan aktiviti sosial. – Berita Harian

Google ads
Back to top button