Modifikasi

PROTON SATRIA GTI – MALAYSIAN MUSCLE

Proton Satria ialah kereta hatchback dua pintu pertama yang dihasilkan di Malaysia. Secara automatik ia menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk dibuat kereta projek.

Proton-Satria-GTI-muscle-malaysia-mekanika (19)

Otot untuk Satria ini beraksi ialah enjin Lancer GSR. Enjin 4G93T yang sama dengan enjin asal GTi, tetapi dengan sebuah pengecas turbo. Jadi masalah mounting senget atau kena potong casis tak timbul sebab enjin ini masuk cantik-cantik sahaja pada badan GTi.

Hendak daftar dengan JPJ pun takde hal. Enjin ini disuntik dengan steroid apabila turbo asal diganti dengan turbo TD05 yang didermakan oleh enjin 4G63. Turbo yang lebih besar ini disejukkan oleh sebuah intercooler Evo 6.5 yang jauh lagi baik berbanding  intercooler kotak tisu asalnya.

Proton-Satria-GTI-muscle-malaysia-mekanika (3)

Bahagian dalaman enjin pun sudah diusik sebab nak pastikan ia boleh menerima boost yang lebih tinggi. Semua piston asal diganti dengan piston 81.5mm yang datang dari enjin Toyota 4AGZE.

Conrod enjin pun dinaik taraf dengan conrod Nissan CA18DET yang katanya lebih tebal dan lasak. Boost dilaras pada tahap 1.3bar oleh pengawal boost Blitz Dual SBC. Bagi memastikan turbo mengekalkan boost dengan stabil, sebuah wastegate Turbosmart 38mm dipasang bersama sebuah injap blow-off HKS SSQV.

Proton-Satria-GTI-muscle-malaysia-mekanika (12)

Gas ekzos pulak dilepaskan melalui sistem ekzos buatan custom berdiameter tiga inci dengan peredam ekzos jenis N1 custom.

Sistem pendawaian enjin 4G63 Evo II digunakan, lengkap dengan ECU sekali. Talaan enjin dibuat menggunakan ECU piggyback A’PEXi SAFC. Untuk suapan petrol, tangki minyak Satria dibekalkan dengan sebuah pam tekanan tinggi Walbro. Manakala kesemua injector asal diganti dengan injector 510cc.

Proton-Satria-GTI-muscle-malaysia-mekanika (15)

Enjin turbo + cuaca tropika = panas. Jadi sememangnya langkah bijak apabila Khairul menggantikan radiator asal dengan radiator ARC yang lebih tebal binaan aluminium.

Kalau kereta muscle Amerika suka melibas-libas apabila pedal minyak ditekan rapat ke lantai, kereta muscle Malaysia ini pula akan menarik ke kiri dan ke kanan sebab kereta buatan Malaysia semuanya berpacuan roda depan.

Proton-Satria-GTI-muscle-malaysia-mekanika (17)

Orang Jepun mereka bentuk enjin ini untuk dipadankan dengan kotak gear 4WD. Tetapi oleh kerana undang-undang kita melarang convert ke 4WD, terpaksa lah berpuas hati dengan pacuan roda depan sahaja.

Khairul menggunakan kotak gear asal Satria Gti, tetapi diubah suai dengan klac perlumbaan Triniti bersama flywheel 9 inci daripada enjin GSR.

Proton-Satria-GTI-muscle-malaysia-mekanika (14)

Sekurang-kurangnya kereta Proton ini menggunakan sistem gantungan jenis bebas untuk keempat-empat tayarnya. Bukan guna pegas dedaun macam kereta muscle buatan Amerika.

Satria GTi ini diubah suai dengan penyerap hentak boleh laras penuh GAB yang banyak membantu pengendalian kereta. Terutama apabila kuasa enjin sudah meningkat melebihi 200bhp berbanding hanya 140bhp pada enjin asal.

Proton-Satria-GTI-muscle-malaysia-mekanika (16)

Dengan kuasa yang tinggi, kuasa membrek juga perlu lebih power. Brek asal Satria GTi sebenarnya dah cukup bagus Untuk senang mencari rim buatan Jepun yang lawa, Khairul menggantikan semua brek asal dengan brek cakera Mitsubishi FTO.

Brek itu bukan sahaja berdiameter lebih besar, lebih penting lagi ia datang dengan knuckle 5 lubang. Dengan spesifikasi baru ni, dapatlah Khairul menggunakan rim Enkei RS 16 inci yang dibalut oleh tayar Toyo T1R 205/50/16 di depan dan Michelin 225/50/16 (belakang). Macam kereta FR, walaupun kereta ini FF.

Proton-Satria-GTI-muscle-malaysia-mekanika (2)

Kereta muscle, tak kiralah datang dari mana sekalipun, tak cukup sifat kalau penampilannya tak garang. Kereta muscle klasik mungkin tak perlukan apa-apa bodykit sebab sejak lahir lagi pun dah nampak garang, tapi kereta muscle moden kena la guna, tak banyak, sikit bodykit.

Satria GTi ini sebenarnya mengekalkan kebanyakan bodykit asal. Tetapi bahagian macam bonet depan diubah suai dengan mengacukkan liang udara asal Evo III dan bonet asal GTi.

Proton-Satria-GTI-muscle-malaysia-mekanika (18)

Lips bampar depan dipadankan dengan lips R3 dan dibalut oleh fabrik gentian karbon. Paling best, bumbung Satria ditebuk dan dipadankan dengan cermin suria Honda. Kemudian, kereta ini disembur dengan warna kuning Renaut Megane RS.

Di bahagian dalam, Satria GTi ini mendapat satu set papan pemuka Lancer CK yang kena diubah suai sikit. Tempat duduk Recaro Njoy asal diganti dengan sepasang tempat duduk Recaro daripada Accord Euro R.

Proton-Satria-GTI-muscle-malaysia-mekanika (6)

Stereng Momo Competition menggantikan stereng beg udara asal kereta ni, lengkap dengan bosskit jenis boleh ditanggalkan. Meter-meter Defi dan A’PEXi memenuhi ruang papan pemuka. Termasuklah sebuah meter RSM A’PEXi yang membuang “speed cut” enjin.

Satria mustahil dipasang dengan enjin V8. Namun dengan pengecas turbo, Satria yang kerdil ini mampu ‘memusnahkan’ kereta berenjin dua kali ganda lebih besar. Inilah contoh sebuah Malaysian muscle!

Google ads
Back to top button