Artikel Pilihan

RALLY SHAKEDOWN 2023 DI TANAMERA. TAKKAN NAK SHAKEDOWN AJA. AJOOM LAH KITA KE THAILAND

Walau pun sukar dan perit, namun peminat sukan rali tanahair harus mengakui tentang suatu perkara. Rali Malaysia sudah nazak dan hampir luput. BBNU sekarang ini pun entah tahu ke tidak entah bahawa sukan rali di Malaysia pernah melahirkan jaguhan dunia.

Sungguh pun demikian, buat para penggiat rali tanahair, situasi ini bukanlah penghalang buat mereka untuk meneruskan minat sukan yang ada beranggapan ianya adalah sekadar hobi semata. Memandangkan kejuaraan Malaysian Rally Championship (MRC) telah lama lenyap akibat ketiadaan penaja, pilihan terbaik yang ada hanyalah beraksi rali di Thailand.

Untuk berlumba di sana yang sememangnya cukup terkenal dengan kebuasan pelbagai jentera klasik dan juga moden, maka para pejuang rali tanahair haruslah turun padang memanaskan enjin yang sekian lama tidak berusik. Hujung minggu baru ini telah berlangsung Rally Shakedown bagi mempersiapkan diri dan juga kereta untuk berlumba di Thailand.

Haji Sutan Mustafa Salihin / Shahrol Zainal

BK telah diundang oleh pemandu rali Haji Sutan Mustaffa bagi menyaksikan sendiri persiapan beliau dan rakan – rakan untuk Rally Shakedown ini. Seperti biasa, Haji Sutan Mustaffa akan mempertaruhkan kereta rali Subaru Imprezza WRX 2000 cc 4WD Turbo. Tahun lepas juga Haji Sutan sebenarnya turut pernah beraksi di Thailand dan ini merupakan penyertaan kali kedua beliau di sana.

Kali terakhir Subaru Impreza ini turun beraksi adalah sewaktu Rally Shakedown di Perak awal tahun itu hari. Nah, kali ini Haji Sutan yang kembali turun beraksi di permukaan gravel tidak melepaskan peluang untuk sesah kereta rali beliau apatah lagi dengan permukaan yang sedikit lecah akibat hujan yang turun pada awal paginya. Menurut Haji Sutan, sudah pasti beliau menyasarkan kejayaan untuk perlumbaan di Thailand nanti.

Saladin Mazlan / IttIpon Simaraks

Khabarnya Saladin Mazlan juga akan turun beraksi di Thailand nanti. Sewaktu Rally Shakedown tempori, Saladin Mazlan telah beraksi dengan menggunakan kereta Subaru Impreza GC8 yang telah disiapkan oleh SSG.

Khabarnya beliau hanya dapat menguji jentera rali lagenda Subaru itu hanya pada hari kejadian, dan Saladin Mazlan tidak mengambil masa yang lama memahami sifat GC8 sekali gus meratah setiap penjuru selekoh dengan mudah. Maklumlah, beraksi di halaman sendiri. Saladin juga menyasarkan untuk menjadi juara di Thailand kelak

Ibrahim Saladin / Arish Qutb

Anak muda ini barangkali ramai yang tidak mengenali. Beliau adalah anak kepada Saladin Mazlan. Mewarisi daripada sang ayah, barangkali sifat kelajuan sudah sebati dengan beliau. Maka tidak hairanlah sekiranya beliau cepat menyesuaikan diri dengan kereta rali Proton Satria Neo yang kini telah pun menjadi miliknya.

Arish Quth yang akan menjadi Juruarah beliau kelak turut mengakui bahawa Ibrahim adalah bakat baharu yang mempunyai kelajuan untuk berlumba. Masanya untuk beliau menyinar akan tiba jua.

Zam si King

Jejaka yang berasal dari Klang ini sepatutnya hadir bersama Perodua Myvi untuk menguji malangnya kereta rali beliau tidak sempat disiapkan. Katanya ada pertukaran enjin yang harus dibuat dan ianya tidak sempat untuk disiapkan. Maka hadirlah beliau menjadi penonton sahaja dengan lutut yang bergetar menahan geram.

Apabila disuruh turun ber-shakedown bersama jentera Lancer beliau yang kelihatan cukup sajak untuk beraksi mencium tanah dengan pantas beliau berkata.

“BK jangan buat hal. Karang kalau saya turun, jadi apa – apa mana saya nak cari part. Dah lah barang Evo ni mahal BK.” ujar si Zam penuh santun.

BACA : MOCCIS D’RANIA RALLY SHAKEDOWN DEMO – ADA ACARA RALI EH?

BACA : RALLY SHAKEDOWN 2022 – SATU LAGI BUKTI BAHAWA SUKAN RALI TIDAK AKAN BERKUBUR

Google ads

B K

"
"
Back to top button