BuletinMotosikal

KLIMS 2018: BENELLI LEOCINO 250. MOTOSIKAL “ENTRY LEVEL” YANG SESUAI UNTUK SEMUA

Benelli Leoncino 250 adalah motosikal kompak yang antik dan menjadikannya lebih komtemporari dengan enjin satu silinder sebaris dengan model Leoncino yang lain. Benelli 250cc didatangkan dengan rekaan yang tersendiri mewakili gaya dan konsep asal dari sejarah keluarga Pasero.

Dengan penuh inovasi dan tradisi, jenama klasik motosikal ini direka semula dengan sentuhan moden. Benelli Leoncino 250 dipasangkan dengan enjin 4 lejang penyejuk cecair yang berkuasa 250cc. Kepala selinder bercirikan double overhead camshaft (DOCH) dengan 4 injap 1
silinder, suntikan bahanapi elektronik dan throttle body 37mm, klac basah dan kotak gear 6 kelajuan.

Enjin ini berupaya menghasilkan tork 21Nm(2.14kgm) pada 9000rpm dan kuasa kuda 26.8hp pada 10,500rpm

Rangka motosikal ini direka untuk disesuaikan dengan pemasangan rekabentuk tangki minyak Benelli Leoncino 250, memberikan tunggangan yang seimbang dan dinamik.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Ia dilengkapi lampu besar di hadapan LED bagi menampakkan bentuk yang elegan dan moden. Instrument panel digital yang cerah dan jelas dapat dilihat dalam semua situasi.

Sepertimana Benelli Leoncino 500, Benelli Leoncino 250 juga menampilkan logo singa Benelli di bahagian dapra hadapan bagi mengekalkan sejarah model ini.

Leoncino 250 menggunakan suspensi hadapan jenis terbalik berdiameter 41mm dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang bagi memastikan para penunggangnya menikmati perjalanan selesa.

Model ini juga di dilengkapi sistem brek depan berukuran diameter 280mm dengan kaliper 4 piston dan sistem brek belakang berukuran diameter 240mm beserta cakera 1 piston kaliper.

Leoncino 250 dijangka berada di pasaran bermula pertengahan tahun 2019.

Leoncino 250
Enjin
1. Jenissatusilinder, 4-strok, penyejukcecair, 4 injapuntuksilinder double overhead camshaft
2. Anjakan249cc
3. Bore & Stroke72×61.2mm
4.Nisbah Mampatan11, 2:1
5.Rated Output26.8hp @ 10500rpm
6.Tork21.0Nm(2.1kgm) @ 9000rpm
7. PelincirPelincir takungan basah
8. BekalanbahanapiSuntikan bahanapi dengan throttle body 37mm
9.Sistem ekzosPemangkinkonverter& sensor oksigen
10.PiawaianEuro 4 – CO2 emissions: 96g/km – penggunaan bahanapi 4.1l/100km
11.KlacBasah
12.Kotak gear6 kelajuan
13.Final Drivepamacurantaian
AlatanElektrik
1.PenyalaanDELPHI MT 05
2.Spark PlugNGK CR8E
3.StarterElectric
Chasis
1.RangkaTiub & plat keluli
2.Suspensi depanfork terbalik 41mm
3.Stroke suspensidepan120mm
4.Suspensi belakangLenganayundengansentral shock absorber
5.Strok shock absorber belakang51mm
6.Brake depancakera 280mm terapung dengan 4 piston kaliper & ABS
7.Brake belakangcakera 240mm denga nsatu piston kaliper terapung & ABS
8.Tyre/Rim depan110/70-R17/Aluminium alloy
9.Tyre/Rim belakang150/60-R17/Aluminium alloy
10.Dimensi rim belakang17″xMT 3.50 DOT
Dimensi
1.Panjang2040mm
2.Lebar (tanpacermintepi)840mm
3.Tinggi (tanpacermintepi)1115mm
4.Tinggi tempat duduk810mm
5.Jarak roda1370mm
6.Pelepasan Tanah170mm
7.Berat164kg
8.Isipadu tangki minyak12liter
9.isipadu tangki rizab2liter

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button